• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

oleh Mynewshub
21/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran Facebook berkaitan Rukun Negara yang dimuat naik sebelum ini.

Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi untuk mengatur temu janji bagi rakaman percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, siasatan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Tony berkata, beliau pada awalnya menawarkan diri untuk hadir ke IPD Shah Alam esok pagi, namun pegawai penyiasat memaklumkan terdapat arahan supaya rakaman percakapan dibuat pada hari yang sama.

“Temu janji kemudian diatur di Petaling Jaya pada pukul 4 petang dan saya memberikan kerjasama penuh kepada dua pegawai IPD Shah Alam yang sangat profesional.

“Proses tersebut mengambil masa kira-kira 40 minit,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau lagi, polis memaklumkan siasatan dimulakan selepas menerima lebih 80 laporan polis dari seluruh negara setakat ini, dengan laporan pertama dibuat di Sri Muda, Shah Alam.

Tambahnya, kandungan kebanyakan laporan polis itu didakwa hampir sama.

Dalam rakaman percakapan tersebut, Tony mengesahkan bahawa beliau sendiri menulis hantaran Facebook berkenaan tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

Ketika ditanya mengenai tujuan hantaran itu, beliau menjelaskan ia dibuat untuk berkongsi pandangannya mengenai Rukun Negara.

“Saya juga menjelaskan maksud hantaran itu adalah seperti mana yang ditulis,” katanya.

Tony berkata, beliau tidak pasti sama ada pihak berkuasa akan mengambil tindakan lanjut selepas ini dan tidak mengetahui siapa lagi yang akan dipanggil memberi keterangan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tony Pua

 

Tags: facebookHantaranketeranganPengerusi Jawatankuasa Disiplin DAPpolisTony PuaTulis Sendiri
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Najib Razak memuat naik sindiran selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan mengulangi...

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

08/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Norman Daud dipercayai telah menurunkan hantaran di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd