Sample Page Title

PUTRAJAYA – Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan dijangka lebih menumpukan usaha membantu kalangan perniagaan dan pembayar cukai individu berikutan keadaan negara yang kini dalam proses pemulihan ekonomi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijangka membuat pengumuman dalam bentuk insentif atau pelepasan cukai berdasarkan keadaan serta keperluan semasa pembayar cukai.

“Kerajaan juga memerlukan hasil cukai yang lebih agar dapat berbelanja untuk kepentingan rakyat. Oleh itu perlu ada keseimbangan agar tidak memberi pelepasan yang (sebaliknya) menyebabkan program pembangunan negara tidak dapat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Akademi Percukaian Malaysia (APM) di sini, hari ini.

Selain itu, Mohd Nizom berkata, LHDN yakin dapat mencapai sasaran hasil kutipan cukai langsung melebihi RM139.3 bilion tahun ini, selaras dengan perkara digariskan dalam Bajet 2022 susulan perkembangan positif ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Jelas beliau, LHDN kini di landasan untuk mencapai sasaran Bajet 2022 memandangkan kini di suku terakhir.

“Ini petanda bahawa pertumbuhan ekonomi adalah seperti dijangkakan kerajaan. Keadaan semasa dari segi sumbangan perniagaan dan individu kepada percukaian juga menunjukkan negara di landasan tepat untuk proses pemulihan,” katanya


Mengulas majlis konvokesyen itu, Mohd Nizom berkata, seramai 362 orang graduan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang percukaian profesional, perakaunan profesional dan penyiasatan percukaian.

Beliau juga menyifatkan APM sebagai gedung ilmu percukaian LHDN dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu, kompeten dan berkualiti demi kelestarian perkhidmatan percukaian.

APM turut menubuhkan satu jawatankuasa untuk membangunkan modul pembelajaran lebih tinggi iaitu Program Sarjana Profesional Percukaian (PSPP) sebagai inisiatif bagi terus membudayakan pendidikan percukaian dan menyediakan modal insan berkualiti seiring piawaian pentadbir cukai antarabangsa.

Menurutnya, selain latihan, LHDN turut menghantar pegawainya mengikuti kursus di luar negara bagi memantapkan kemahiran menyiasat dan mengaudit berikutan perniagaan yang kini berkembang ke peringkat global.

Pada masa sama, LHDN juga mengambil langkah pencegahan dengan memberi kesedaran dan menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan pembayar cukai, kata beliau.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...