Sample Page Title

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke Upacara Pengebumian Negara bekas Perdana Menteri Jepun, mendiang Shinzo Abe, pada 27 Sept di Nippon Budokan, Tokyo.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan upacara itu juga merangkumi sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno, dan Menteri Luar Yoshimasa Hayashi, diikuti pertemuan ringkas bagi menyampaikan ucapan takziah kepada balu mendiang Abe, Akie Abe, di Akasaka Palace, Tokyo.

Abe, perdana menteri paling lama berkhidmat di Jepun, meninggal dunia selepas ditembak ketika menyampaikan ucapan dalam kempen pilihan raya di Nara pada 8 Julai.

Semasa menjadi Perdana Menteri Jepun, Abe pernah melawat Malaysia sebanyak tiga kali dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan hubungan dua hala termasuk mengukuhkan lagi Dasar Pandang ke Timur (DPT).

Lawatan terakhir beliau ke Malaysia selaku Utusan Khas Perdana Menteri Jepun bagi memperingati ulang tahun ke-40 DPT, menyaksikan Abe mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada Mac 2022.

Pada 13 Julai, Perdana Menteri dan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menandatangani buku takziah di Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur, menurut kenyataan itu.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...

Badan Peguam Saman PDRM, Kerajaan Halang Berarak Ke Parlimen Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan)...

PM: Tiada Lagi Kelulusan Perolehan Tanpa Tender

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku...

Kuota, Pengalaman, Kecekapan, Kriteria Penentuan Kabinet

KUALA LUMPUR : Kuota berdasarkan jumlah kerusi parti, pengalaman serta kecekapan calon adalah antara...

Kedudukan Ketua Pembangkang DUN Selangor Diteliti Semula

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mungkin diteliti semula...