Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

Peruntukan Khas Sekolah Cina...

IPOH - Peruntukan khas yang diberikan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) adalah untuk menampung perbelanjaan tambahan dan...

Semakin Kurus, Awie Nafi...

DALAM keadaan kemelut rumah tangga yang masih belum selesai, Awie, 48; atau nama...

Dirogol Paderi Wanita Ketika...

SEORANG warga emas, Edward Hayes, telah menjadi mangsa rogol seorang paderi wanita di...

Rohani Gembira Kejayaan Atlet...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengucapkan tahniah kepada dua...

Rokok Tidak Ada Cukai Dirampas

Kuching : Sebanyak 1,690 karton rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai dirampas dalam satu serbuan di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, rampasan dianggarkan bernilai RM252,432 itu dilakukan oleh sepasukan Cawangan Risikan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, hasil serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Setia Raja kira-kira jam 9.10 pagi.

“Pasukan serbuan turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching untuk permohonan reman pada 6 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 ganda nilai barangan atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan atau RM500,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Katanya, operasi berkenaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penyeludupan.

-Harian Metro

Kategori

Leave a Reply