• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Sayur Tetak Bekas Majikan Dipenjara Dua Tahun

oleh AK-47
15/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Peniaga Sayur Tetak Bekas Majikan Dipenjara Dua Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara menetak kepala bekas majikan dengan sebilah parang kerana tidak berpuas hati ditampar lelaki itu, seorang peniaga sayur dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi menjatuhkan hukuman itu ke atas E. Thomas Gabriel Gomez, 22, yang mengaku bersalah menyebabkan cedera parah kepada A. Utaiya Sangkar, 33, dengan menggunakan sebilah parang untuk menetak mangsa, di pusat pembuangan sampah Pasar Borong Kuala Lumpur di sini pada 11 malam, 23 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 24 Julai lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh mengambil kira kecederaan dialami mangsa, namun peguam K. Komagen yang mewakili Gomez memohon hukuman minima kerana anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, selain insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian (23 Julai) mangsa telah berjumpa Gomez untuk berbincang mengenai tuntutan gaji dan Gomez berasa tidak puas hati kerana mangsa telah menamparnya dua minggu sebelum kejadian kerana bersikap biadap terhadap rakan sekerja dan diberhentikan kerja.

Semasa berbincang, dia menyerang mangsa dengan sebilah parang dan menetak kepala mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri, namun ditangkap polis keesokannya.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa turut mengalami kecederaan pada bahu kiri dan jari tangan kiri.

-Sinar Harian

Tags: Peniaga SayurPenjaratetak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek Kem Tentera Darat Skudai Dibekukan, KCSB Hadapi Masalah Kewangan

Next Post

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Related Posts

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Peter Anthony, Bekas Menteri Sabah Masuk Penjara Mulai Hari Ini

Peter Anthony, Bekas Menteri Sabah Masuk Penjara Mulai Hari Ini

04/03/2025
3

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, hari ini kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan...

Next Post
Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd