• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Premis Perniagaan Gagal Kibar Jalur Gemilang Mula Dikompaun

oleh Mohd Arshad
25/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemilik Premis Perniagaan Gagal Kibar Jalur Gemilang Mula Dikompaun
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) mula menjalankan penguatkuasaan kompaun pada hari ini terhadap pemilik premis perniagaan yang masih berdegil mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang Dipertuanya, Norazlan Yahaya, berkata hampir 7,000 premis perniagaan di bawah kawal selia pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, merangkumi tiga daerah iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.

“Kita sudah mulakan pemantauan terhadap premis perniagaan di negeri ini yang masih tidak mengibarkan Jalur Gemilang bermula hari ini. Sebelum ini kita sudah pun memberikan peringatan kepada mereka.

“Jumlah kompaun yang dikenakan adalah RM250, tetapi kita seboleh mungkin mahukan mereka (pemilik premis) mengibarkan Jalur Gemilang secara sukarela sambil bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan,” katanya.

Memberitahu demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Khas Rakan Strategik MPKPs, di sini hari ini, beliau berkata, pemasangan Jalur Gemilang di premis perniagaan di negeri ini, terutama pada Bulan Kebangsaan sudah termaktub dalam syarat lesen perniagaan.

“Kita mempunyai baki seminggu lagi untuk menyambut Hari Kebangsaan dan setakat ini 80 peratus pemilik premis perniagaan sudah pun mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka.

“Dalam tempoh ini juga, kita akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan supaya pemilik premis dapat menyahut seruan ini. Jika terus berdegil, kita akan mengeluarkan kompaun kepada mereka selaras dengan syarat undang-undang kecil.

“Lazimnya bagi beberapa tahun sebelum ini, tempoh penguatkuasaan kibaran Jalur Gemilang terhadap premis perniagaan di Perlis hanya bermula pada 1 hingga 31 Ogos, namun tempoh itu kini dipanjangkan sehingga Hari Malaysia pada 16 September,” katanya.

Tinjauan di Jalan Barrack dan Jalan Indera Kayangan di sini mendapati hampir setiap lot kedai mengibarkan Jalur Gemilang, malah ada yang turut mengibarkan bendera negeri Perlis bersama-sama.

Terdahulu, Norazlan menyampaikan sijil penghargaan anugerah khas kepada 44 rakan strategik MPKPs yang terdiri pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, bank serta petugas media di negeri ini.

BHonline-

Tags: jalur gemilangkompaunpremis perniagaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd