Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

8 Lagi Kluster Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan kluster baharu hari ini melibatkan lima...

Gara-gara Alkohol Campuran Sendiri,...

KOTA MARUDU: Akibat alkohol campuran sendiri, dua pelajar kritikal manakala, 18 pelajar lagi...

16 Premis Makanan Di...

SEREMBAN - Sebanyak 16 premis menjual makanan di sekitar daerah Seremban diarah tutup...

Pengarah Kastam Negeri Antara...

SEORANG pengarah Jabatan Kastam negeri berpangkat Datuk antara 13 kakitangan dan pegawai kastam...

Peguam Najib Putuskan Untuk Kemuka Hujahan Bertulis

PUTRAJAYA : Peguam utama Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk mengemukakan hujahan bertulis dalam rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman membabitkan tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sejurus prosiding di Mahkamah Persekutuan bermula pada sebelah petang, peguam, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan kepada mahkamah, beliau berhasrat mengemukakan hujahan bertulis bagi pihak anak guamnya.

“Pada prosiding sebelah pagi apabila Yang Amat Arif (Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat) bertanya sama ada saya akan bersandarkan kepada hujahan di peringkat Mahkamah Rayuan dan saya menyatakan ‘ya’.

“Pada peringkat ini, saya mahu ia direkodkan bahawa saya berhasrat mengemukakan hujahan secara bertulis,” katanya.


Prosiding rayuan akhir bermula hari ini dengan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, mengemukakan hujahannya selepas mahkamah diberitahu bahawa Hisyam memilih untuk tidak berhujah, sebaliknya hanya bersandarkan hujahan Najib yang dikemukakan ketika di Mahkamah Rayuan.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa serta pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori