• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Peguam Najib Akan Tarik Diri Jika Rayuan Diteruskan Pada 15 Ogos

oleh Mohd Arshad
10/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pasukan Peguam Najib Akan Tarik Diri Jika Rayuan Diteruskan Pada 15 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, hari ini memberitahu Mahkamah Persekutuan mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Media difahamkan, peguam daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, tidak bersedia untuk meneruskan rayuan berkenaan kerana ia membabitkan isu penting dan memerlukan masa untuk persediaan kerana ia bukan rayuan biasa.

Oleh itu, jika mahkamah tetap mahu prosiding rayuan utama diteruskan pada Isnin ini, peguam terbabit tidak mempunyai pilihan selain menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu.

Difahamkan, perkara itu dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yusoff dan Siti Hajar Mustaffa semasa pengurusan kes di hadapan mereka yang dijalankan secara dalam talian hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram dan Mohd Ashrof Adrin Kamarul bertindak bagi pihak responden (Pendakwa Raya), manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan M Rueben mewakili Najib (perayu).

Pada 26 Julai lalu, Najib memberhentikan dengan serta-merta Tetuan Shafee & Co daripada bertindak sebagai peguam yang mewakilinya dalam rayuan sabitan dan hukuman membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Bagaimanapun, Najib berkata bekas peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan terus bertindak sebagai peguam cara dalam kes lain yang dihadapinya di mahkamah.

Najib kemudian melantik Hisyam daripada Tetuan Hisyam Teh sebagai peguam utamanya, manakala rakan kongsi ZIST, Liew dan Rueben sebagai peguam baharunya.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara atas penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Hari ini, media juga dimaklumkan pendengaran usul untuk mengemukakan bukti baharu akan didengar terlebih dulu pada Isnin dan jika usul itu ditolak, mahkamah akan terus mendengar rayuan utama.

Bagaimanapun, media diberitahu peguam Najib akan membuat permohonan lisan di mahkamah untuk menangguhkan rayuan utama selepas selesai hujah bagi usul bagi memasukkan bukti baharu dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Pada Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapatinya bersalah menyalahgunakan RM42 juta daripada dana SRC.

Kes itu di peringkat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan pada tahun lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu.

-Berita Harian

Tags: Kes SRCnajibPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd