• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Polis Dibuat Susulan Keputusan Kes Rosmah Tular

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Laporan Polis Dibuat Susulan Keputusan Kes Rosmah Tular
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang menyiarkan dokumen didakwa keputusan perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pejabat itu dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, tindakan dibuat berikutan laporan yang disiarkan Portal Malaysia Today bertajuk ‘Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022’ dan ‘Download Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict On Rosmah Mansor Here’ yang dikeluarkan pada Jumaat.

“Perbuatan itu merupakan suatu tindakan sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan. Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat berkenaan laporan portal tersebut,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa badan kehakiman tidak akan diganggu-gugat oleh perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistem kehakiman negara.

Mahkamah Tinggi menetapkan 1 September ini untuk keputusan kes rasuah Rosmah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

-Sinar Harian

Tags: Kes Rosmahlaporan polispolisTular
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd