• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Digesa Batal Pembekuan Sementara Pengambilan Pekerja Asing

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
K’jaan Digesa Batal Pembekuan Sementara Pengambilan Pekerja Asing
Share on FacebookShare on Twitter

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang akan membekukan sementara permohonan pengambilan pekerja asing selama dua minggu, iaitu dari 15 Ogos hingga 31 Ogos.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan semalam, Presiden FMM Soh Thian Lai berkata prosedur permohonan pekerja asing tidak sewajarnya dihentikan kerana ia akan mengganggu pemulihan ekonomi sedia ada.

“Ia menimbulkan kekeliruan serta kebimbangan dalam kalangan pemain industri kerana ramai majikan masih dalam proses menggantikan pekerja mereka yang telah diberhentikan sewaktu pandemik Covid-19 berikutan pembekuan pengambilan pekerja sejak dua tahun lalu,” katanya.

Kata Soh, sesetengah majikan juga dalam proses mengembangkan perniagaan mereka berikutan permintaan yang meningkat.

“Penggantungan pemprosesan permohonan pekerja asing yang kerap ini mengganggu industri-industri dalam memperoleh pekerja, walaupun industri-industri terus berdepan pelbagai cabaran dengan operasi mereka, termasuk kekurangan buruh yang menjejaskan keupayaan mereka untuk beroperasi pada kapasiti maksimum, yang kini dalam fasa pemulihan perniagaan,” katanya.

Penggantungan sebelum ini ialah antara 1 Jun dan 15 Jun.

“Majikan memerlukan lebih masa untuk kemukakan permohonan kerana keperluan pekerja bergantung kepada projek dan pesanan.

“Pemberhentian dan sebarang perubahan kepada prosedur akan menjejaskan perancangan tenaga kerja industri, yang akan membawa kepada ketidakupayaan mereka untuk memenuhi projek dan pesanan mereka,” katanya.

Kekurangan pekerja yang serius

Soh menambah, masih terdapat banyak permohonan yang belum selesai diproses dan diluluskan, dan industri memerlukan sistem pemprosesan yang sangat efisien untuk ke arah pemulihan yang cepat.

“Oleh itu, FMM mengulangi gesaan kami agar Kementerian Sumber Manusia mengekalkan prosedur dan syarat permohonan sedia ada, memandangkan kekurangan buruh yang dihadapi sekarang amat serius dan menjejaskan pemulihan perniagaan,” katanya.

Pada 10 Ogos, dilaporkan bahawa permohonan untuk pengambilan pekerja asing akan digantung dari 15 Ogos hingga 31 Ogos.

Kementerian memaklumkan penangguhan itu bagi membolehkan semakan ke atas tatacara permohonan pekerja asing susulan pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang berkuat kuasa pada 1 September.

-Malaysia Kini

Tags: Kerajaanpekerja asingPembekuan Sementara Pengambilan Pekerja AsingPengambilan Pekerja Asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd