Sample Page Title

“Ada lagi pendedahan-pendedahan mengejutkan selepas isu LCS, jangan bimbang, satu persatu akan menyusul. Fasten your seatbelt.. Spt kata pepatah, ambil mana-mana yang sempat”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini kenyataan oleh salah seorang Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ahmad Fadhli Shaari di laman Facebook.

Kelihatan beliau amat gembira dengan laporan dibuat oleh PAC berhubung isu projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang sedang memberi implikasi negatif kepada BN.

Bagaimanapun, setakat ini beliau dan anggota PAC lain tidak menberi sebarang respons terhadap pendedahan, penjelasan dan pertanyaan Datuk Seri Najib Razak berhubung isu projek LCS.

Sekadar untuk makluman PAC dipengerusikan oleh Ahli Parlimen DAP, manakala Naib Pengerusinya merupakan Ahli Parlimen Bersatu.

Kenyataan oleh anggota PAC merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu namun agak membimbangkan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi tidak baik rakyat iaitu ia berbaur politik.


Sekiranya kenyataannya itu dianggap berbaur politik, maka PAC juga akan dianggap berbaur politik. Persepsi yang boleh timbul adalah PAC dibawah badan Parlimen telah diperlakukan secara curang untuk kepentingan politik.

Tentunya rakyat tidak mengharapkan persepsi seperti itu kerana mahu melihat ketelusan reformasi Parlimen seperti yang digebangkan.

Kenyataannya itu juga dikhuatiri semakin mengoyahkan kerajaan Keluarga Malaysia apabila pendokong dan penyokong BN melihat parti mereka telah diserang lagi oleh PN secara terbuka.

Barangkali Ahmad Fadhli usah terlalu ghairah dalam perkara itu kerana kita tidak mahu kesilapannya menyamakan permintaan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu rakyat yang terjejas semasa pandemik Covid-19 umpama hikayat Puteri Gunung Ledang berulang.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...