• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadilan Tidak Tercapai Jika Terburu-Buru, Tok Mat Ulas Rayuan Akhir Najib

oleh AK-47
18/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peguam Najib Putuskan Untuk Kemuka Hujahan Bertulis
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Mahkamah tidak seharusnya mengetepikan sebarang permohonan untuk mengemukakan bukti baharu, terutamanya dalam kes besar yang melibatkan isu rumit dan potensi kewujudan konflik kepentingan, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Sekali pun Umno bersetuju dan menghormati maksim undang-undang bahawa keadilan ditangguhkan adalah keadilan dinafikan, Umno turut memandang berat penegasan maksim yang menyatakan bahawa keadilan tidak akan dapat dicapai jika dilaksanakan secara terburu-buru,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad, lebih dikenali sebagai Tok Mat, berkata beliau kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk memasukkan bukti tambahan dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mohd Nazlan adalah Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC International dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.

Mohamad berkata, parti itu mahu kebenaran dan keadilan ditegakkan.

“Berbekalkan pendirian ini, Umno berpandangan bahawa segala ruang dan peluang yang ada sepatutnya dipertimbangkan dan tidak diketepikan atas alasan teknikal,” katanya.

Semalam, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak pasukan pembelaan Najib untuk memasukkan bukti tambahan yang dikatakan bukti baharu membabitkan kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank, sebelum rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International yang dihadapi bekas presiden Umno itu.

Panel yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata, semua pihak dalam kes berkenaan – termasuk Najib yang menjadi tertuduh – cukup sedar sejak April bahawa rayuan ditetapkan bagi pendengaran, bermula 15 hingga 26 Ogos, dan permohonan melanjutkan masa atas alasan sama sudah ditolak pendaftar mahkamah ketika pengurusan kes sebelum perbicaraan.

Pasukan peguam baharu Najib, diketuai Hisyam Teh Poh Teik, memohon mahkamah memberikan masa antara tiga hingga empat bulan kepada pihaknya untuk menyediakan dan menghujahkan kes.

Pasukannya baru sahaja mengambil alih kes ini, kurang sebulan iaitu pada 21 Julai lalu.

Tengku Maimun berkata, Najib berhak memilih barisan peguamnya, tetapi “beliau tidak berhak membuat pilihan itu sehingga melibatkan mahkamah, pihak pendakwaan atau keseluruhan sistem kehakiman”.

“Selain itu, masa diambil berhubung kes ini, terutama jumlah hari bagi pendengaran ditetapkan, bermakna banyak lagi kes jenayah lain dan pihak dituduh perlu menunggu giliran mereka bagi rayuan untuk didengar.

“Keadilan tertangguh dalam kes ini juga akan menafikan keadilan terhadap pihak lain yang dituduh,” kata Tengku Maimun.

-Free Malaysia Today

Tags: Kes SRCnajibRayuan Akhir NajibTok Mat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat Bersama, Gue Teck mengecam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa menyekat penggunaan...

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub RANTAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuri perhatian netizen menerusi satu rakaman video di muat naik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd