• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Tubuh Jawatankuasa Pemandu Modal Insan

oleh Mohd Arshad
15/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Tubuh Jawatankuasa Pemandu Modal Insan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor bagi menambah baik, sekali gus mengatasi permasalahan yang timbul melibatkan sumber manusia serta penempatan pekerjaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, jawatan kuasa berkenaan dianggotai oleh 42 agensi Kerajaan Pusat dan negeri.

Pihaknya juga menubuhkan dua jawatan kuasa yang akan membantu iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Penawaran dan Permintaan serta pemukiman pertama akan diadakan pada bulan depan.

“Setiap ahli jawatan kuasa akan membentangkan data dan maklumat yang berkaitan setiap bulan. Ini membolehkan kerajaan negeri mengenal pasti sektor pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja, selain membantu memenuhi tawaran kerja oleh majikan.

“Untuk itu, sebuah jawatan kuasa induk dan sebuah jawatan kuasa penawaran ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ ditubuhkan. Ini kerana banyak program berkaitan dilaksanakan, tetapi pada akhirnya kita tidak nampak ke mana peserta program pergi.

“Jawatan kuasa ini bertujuan untuk menumpukan bidang latihan melibatkan sektor pekerjaan yang memerlukan modal insan, sekali gus menyeimbangkan permintaan dan penawaran melibatkan sumber manusia di Johor,” katanya selepas merasmikan Taklimat Inisiatif Baharu Kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2022 Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang.

Mohd. Hairi berkata, sebanyak 19 agensi merupakan ahli tetap, antaranya Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Invest Johor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pendidikan.

“Sebanyak 23 agensi lain dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penawaran dan Permintaan yang akan terlibat dalam penyediaan latihan kemahiran kepada para peserta,” katanya.

-Utusan Online

Tags: JAWATANKUASAJawatankuasa Pemandu Modal InsanJohorPemandu Modal Insan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd