• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tuntutan Kumpulan Sulu, Strategi Kerajaan Positif

oleh Mohd Arshad
05/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Tuntutan Kumpulan Sulu, Strategi Kerajaan Positif
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerajaan yakin bahawa semua tindakan dan strategi yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menangani isu tuntutan kumpulan Sulu akan membuahkan hasil yang positif.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menegaskan tindakan sedang dilaksana termasuk penubuhan pasukan khas adalah komitmen kerajaan untuk memastikan strategi terbaik dilaksanakan bagi menangani isu

tuntutan pihak berkenaan.

Secara umumnya, beliau berkata, kerajaan akan memastikan kemenangan demi kepentingan negara dan kedaulatan negara tetap terpelihara.

“Kerajaan juga yakin bahawa semua tindakan dan strategi yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menangani isu ini akan membuahkan hasil yang positif

dengan sokongan semua pihak khususnya rakyat Malaysia,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Sebelum ini negara dikejutkan dengan laporan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan cuba dirampas oleh kumpulan Sulu yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Langkah itu sebahagian tindakan undang-undang dikemukakan pada 2017 oleh pihak terbabit untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan kumpulan Sulu dan tidak pernah mengenepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, Pasukan Khas Bagi Menangani Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu Terhadap Kerajaan Malaysia menerusi mesyuarat pertama Rabu lalu itu, antara lain membincangkan berkaitan tindakan undang-undang yang telah diambil kerajaan Malaysia di Sepanyol dan Perancis bagi menangani tuntutan itu.

Selain itu, beliau yang mempengerusikan mesyuarat terbabit berkata, katanya isu pembayaran wang serahan berjumlah 5,300 dolar setahun turut dibincangkan.

Katanya, Final Award yang telah dikeluarkan pada 28 Februari lalu tidak menyentuh isu pengambilan wilayah negeri Sabah atau kedaulatan negeri itu oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

“Pasukan Khas turut mengambil maklum bahawa pelantikan Dr Stampa (Dr Gonzalo Stampa) sebagai penimbang tara dan juga semua tindakan bersifat prosedur yang dibuat olehnya, dibatalkan berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021.

“Berdasarkan keputusan sama, Mahkamah Tinggi Madrid mengeluarkan keputusan bahawa ‘Partial Award on Jurisdiction’ yang dikeluarkan pada 25 Mei 2020 oleh Dr Stampa adalah tidak sah dan terbatal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan juga mengemukakan permohonan untuk membatalkan Perintah Exequatur dan seterusnya permohonan bagi menggantung penguatkuasaannya.

“Permohonan kerajaan bagi menggantung penguatkuasaan Perintah Exequatur itu dibenarkan Mahkamah Perancis pada 16 Disember 2021.

“Seterusnya, Kerajaan membuat permohonan membatalkan Final

Award dikeluarkan Dr Stampa pada 28 Februari lalu dan juga permohonan bagi menggantung penguatkuasaan Final Award itu di Mahkamah Perancis.

“Mahkamah terbabit membenarkan permohonan bagi menggantung penguatkuasaan Final Award itu pada 12 Julai 2022,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Isu Tuntutan Kumpulan SuluKerajaanstrategi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mizz Nina Akui Rumah Tangga Dengan Noh Salleh Berakhir

Next Post

RUU Antilompat: UMNO Mungkin Pinda Perlembagaan Sekali Lagi

Related Posts

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Next Post
RUU Antilompat: UMNO Mungkin Pinda Perlembagaan Sekali Lagi

RUU Antilompat: UMNO Mungkin Pinda Perlembagaan Sekali Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd