Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa Eksploitasi Anak...

ALOR SETAR - Tindakan ibu bapa atau penjaga yang mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan...

5 Sekeluarga Ditembak Mati...

MEXICO CITY - Sepasang suami isteri dan tiga anak mereka dibunuh di barat...

Bebiri Faham Bahasa Inggeris...

SYDNEY — Sebuah ladang ternakan di negeri New South Wales, Australia, bakal didakwa...

100 Penyelam Akan Bawa...

PANGKALAN BUN – Satu pasukan penyelam Badan Pencari dan Penyelamat Nasional (Basarnas) mengandungi...

Gerakan Tanah Air Melayu Islam Untuk Lawan UMNO, Bukan DAP?

Persoalannya apakah signifikan Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gabungan baru Melayu-Islam dengan nama “Gerakan Tanah Air”?

Ikuti Mynewshub: Telegram

Gerakan Tanah Air hanya akan melibatkan ahli-ahli dalam kalangan orang Melayu meliputi parti politik, ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli profesional perseorangan.

Logik akal berfikir langkah tersebut sekadar memecahbelahkan lagi politik orang Melayu-Islam, justeru timbullah persoalan adakah sememangnya itu tujuan sebenar Gerakan Tanah Air.

Selepas menyedari sokongan majoriti Melayu-Islam kembali kepada UMNO dalam beberapa pilihan raya, maka cara terbaik untuk melemahkannya adalah dengan memecahbelahkan.

Ramai melihat perpecahan orang Melayu paling ketara apabila Tun Mahathir menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menewaskan UMNO pada PRU-14.

Kemudian beliau menubuhkan parti Pejuang yang konon untuk membela rakyat pelbagai bangsa, tetapi kini menubuhkan pula Gerakan Tanah Air konon Melayu-Islam.

Lagipun ketika Tun Mahathir diangkat sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memuji-muji DAP dan PKR dan memujuk orang Melayu supaya menyokong dua parti itu.

“Kita ada menjemput orang Melayu sahaja bukan sebab perkauman tapi usaha kita tertumpu mahu lawan parti Melayu yang dah menyeleweng iaitu UMNO,” kata Tun M.

Maksudnya objektif utama Gerakan Tanah Air bukan untuk melawan DAP dan PKR yang diketahui amat berisiko kepada kepentingan orang Melayu-Islam di negara ini.

Sebaliknya untuk menewaskan UMNO yang pernah menolak daripada menuruti kemahuannya semasa beliau masih berada dalam UMNO.

“Kalau kita bukan parti Melayu maka orang Melayu tidak akan sokong,” kata Tun Mahathir lagi.


Kenyataan ini berbaur sindiran kepada orang Melayu. Apakah orang Melayu begitu rasis sehingga tidak akan menyokong parti bukan Melayu?

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai calon MCA yang mewakili BN menang besar menewaskan calon PPBM dibawah pimpinannya.

Tanjung Piai yang ramai pengundi Melayu maka benarkah orang Melayu rasis? Rumusan sebenar orang Melayu-Islam telah kembali kepada BN bukan kerana rasis, tetapi demi kepentingan masyarakat dan negara.

Tun Mahathir seterusnya mendakwa Gerakan Tanah Air ditubuhkan untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh Melayu-Islam terutama jurang kemiskinan.

Jika benar dakwaannya Melayu-Islam berdepan masalah kemiskinan maka perlulah ditanya apa yang beliau lakukan untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri?

Begitu juga apa yang beliau lakukan sepanjang 22 bulan kembali sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)?

Contoh paling mudah berhubung penjawat awam yang majoritinya Melayu-Islam. Kenaikan gaji, elaun dan sebagainya untuk mereka bermula pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebatai Perdana Menteri.

Selepas itu ditambah baik oleh Perdana Menteri berikutnya Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum penjawat awam diseru ikat perut selepas Tun Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri.

Maka seharusnya Melayu-Islam berfikir secara mendalam dan bijaksana apabila diminta menyokong Gerakan Tanah Air pada PRU-15 nanti. Elakkan perpecahan pada PRU-14 berulang.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori