• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara dalam talian (online) terus menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila mencecah 14,045 orang setakat hari ini.

Menurut beliau, angka tersebut meningkat daripada 13,954 ahli baharu yang diumumkan pada sebelah pagi, sekali gus mencerminkan minat yang semakin tinggi terhadap UMNO khususnya dalam kalangan generasi muda.

Susulan perkembangan itu, beliau menawarkan 100 tempat khas kepada ahli baharu untuk memasuki Dewan Merdeka di World Trade Centre Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan yang diberikan.

Dalam hantaran berasingan semalam, Asyraf turut meluahkan rasa teruja melihat sambutan luar biasa pada hari pertama kehadiran ahli baharu UMNO.

Katanya, ramai anak muda sanggup beratur seawal pukul 8.30 pagi walaupun kaunter pengeluaran kad keahlian hanya dibuka pada pukul 10 pagi.

“Lebih membanggakan, ada yang hadir dari jauh termasuk Kelantan, Pulau Pinang dan Johor,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk terus mendaftar sebagai ahli UMNO secara dalam talian, selain memaklumkan kad keahlian boleh diperoleh secara percuma di ibu pejabat UMNO di WTC Kuala Lumpur bermula 1 hingga 5 Mei, dari pukul 10 pagi hingga 6 petang sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80.

Tambahnya, turut disediakan pilihan kad keahlian dengan kemudahan Touch ‘n’ Go dengan bayaran minimum bagi kemudahan ahli. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Tags: dalam talianKeahlian baharuonlinependaftaranUMNO
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Individu Didenda RM1,000 Buat Iklan Online Mengelirukan, Baju Kurung Tetapi Jubah

Individu Didenda RM1,000 Buat Iklan Online Mengelirukan, Baju Kurung Tetapi Jubah

25/10/2026
0

PUTRAJAYA - Seorang individu didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selepas mengaku salah membuat representasi mengelirukan dalam urus niaga pakaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd