• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

oleh Mynewshub
02/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti itu, sekali gus menjadikan UMNO sebagai komponen penting dalam memastikan kestabilan pentadbiran.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengalaman panjang UMNO dalam mentadbir negara menjadi kelebihan utama yang terus dimanfaatkan bagi memastikan dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.

“Tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan yang mempunyai pengalaman mengurus negara yang luas seperti wakil UMNO,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau berkata, walaupun kekuatan parti itu berkurangan, UMNO masih memainkan peranan dalam hampir semua kerajaan yang terbentuk, sekali gus membuktikan kedudukannya sebagai pelengkap dan pengimbang dalam politik negara.

Tambahnya, UMNO akan terus komited memainkan peranan secara konstruktif demi memastikan kestabilan politik dan kemakmuran negara terus terjamin.

Dalam pada itu, beliau mengakui parti tersebut telah melalui pelbagai krisis sebelum ini, termasuk cabaran melibatkan ketirisan kepercayaan rakyat, namun kepimpinan UMNO bertekad untuk memulihkan keadaan dengan memanfaatkan pengalaman sedia ada. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanKerajaanpengalamanTimbalan Presiden UMNOUMNO
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Suhakam Gesa Tindakan Proaktif Tangani Ancaman Anjing Liar

Suhakam Gesa Tindakan Proaktif Tangani Ancaman Anjing Liar

14/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan secara proaktif...

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd