Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

Norman KRU Percaya, Ada...

PERGH! Hari ini sahaja dah tiga cerita Zizan kami selitkan di Mynewshub.BACA:  Zizan...

KSN Ajak Rakyat Perkasa...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengajak rakyat Malaysia...

Datuk Seri Berjaya Lari...

KUALA LUMPUR - Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan...

Shahrizat Tolak Tawaran Tanding...

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini...

Dua Lelaki Cuba Seludup Bahan Api Direman

TANAH MERAH: Dua lelaki warganegara Thailand diberkas anggota Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Kem Gua Permai, Ipoh, Perak, selepas dipercayai cuba menyeludup bahan api subsidi ke negara jiran direman empat hari bermula hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perintah reman sehingga Selasa itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri di Mahkamah Majistret Machang, dekat sini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Tanah Merah, Ahmad Azizi Abd. Kadir berkata, permohonan reman itu bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurutnya, kedua-dua lelaki berusia 19 tahun dan 35 tahun itu dicekup anggota Batalion Ke-23 RAMD, Kem Gua Permai, Ipoh, Perak, dalam satu operasi dan pencegahan ketirisan barang kawalan di sempadan negara kira-kira pukul 8 pagi semalam.

“Semasa serbuan dibuat, kedua-dua suspek sedang memunggah bekas plastik yang berisi bahan bakar petrol dan diesel untuk dibawa menyeberangi sungai di pangkalan haram rumah anjing, Kg Renab, Bukit Bunga, di sini.


“Hasil siasatan lanjut, anggota telah merampas minyak petrol dengan anggaran sebanyak 150 liter, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 50 liter serta sebuah motosikal berpendaftaran Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua suspek tidak memiliki dokumen atau pas masuk secara sah.

Ahmad Azizi memberitahu, rampasan keseluruhan bahan api itu dianggarkan berjumlah RM3,415.

UtusanOnline-

Kategori

Leave a Reply