Sample Page Title

KANGAR : Parti Warisan Sabah (Warisan) terus mengembangkan pengaruhnya di Semenanjung dengan terbaharu bakal dilancarkan di Perlis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majlis pelancaran Warisan peringkat negeri ini dijadual berlangsung esok dalam satu majlis yang akan diadakan di sebuah hotel di sini.

Pelancaran tersebut dijangka disempurnakan sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Kemasukan Warisan ke negeri ini sekali gus bakal merancakkan lagi suasana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini dengan penyertaan pelbagai parti politik.

Di Perlis, lazimnya parti-parti politik yang sinonim sejak sekian lama ialah Barisan Nasional (BN), Pas, PKR selain Parti Amanah Negara (Amanah) atau Pakatan Harapan (PH).

Menurut sumber dari parti itu, di negeri ini, Warisan bakal digerakkan oleh pemimpin pelbagai latar belakang politik termasuk bekas-bekas wakil rakyat di negeri ini.


Katanya, Warisan bakal membuka keahlian di negeri ini selepas majlis pelancaran tersebut dan dijangka mampu menarik ramai keahlian yang bosan dengan pergolakan parti-parti lain.

Ujarnya, Warisan juga bakal meletakkan calon di sesetengah kawasan di negeri ini antara seperti Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Padang Besar, Kangar dan Arau.

“Kita yakin Warisan mampu bertapak di negeri ini dan memberi pilihan baharu kepada rakyat selain parti-parti sedia ada di negeri ini.

“Warisan juga sebagai platform baharu kepada rakyat pelbagai kaum di negeri ini,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...