• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

oleh Mynewshub
14/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan)

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, PN pada masa sama memperkasakan muafakat antara Pas, Bersatu, Gerakan dan MIPP sebagai asas utama gabungan tersebut.

Menurut beliau, pintu turut dibuka kepada lebih banyak parti menyertai PN sebagai anggota baharu demi memperkukuhkan landskap politik negara.

Katanya, satu pelan hala tuju baharu juga sedang disiapkan di bawah bimbingan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

“PN terus diperkukuhkan melalui muafakat. Pas, Bersatu, Gerakan dan MIPP menjadi asas. Pintu dibuka kepada lebih banyak parti untuk menjadi anggota.

“PN juga mengintai muafakat rentas gabungan melibatkan BN, GPS, GRS dan Warisan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Annuar dalam hantaran berasingan berkata, PN mahukan penyatuan ummah termasuk bersama Datuk Seri Rafizi Ramli dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ujar beliau, penyatuan ummah yang diharapkan itu juga termasuk Berjasa, Pejuang, Iman, Poa dan Sekretariat Orang Melayu (SOM)

“Jom kita sepakat. Saya mencadangkan semua kita duduk semeja dan melakar pelan tindakan baharu untuk negara.

“Ketepikan semua perkara lain, kita tumpu pada agenda besar. Kita bawa harapan baharu untuk Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun media sosial Tan Sri Annuar Musa

Tags: BNGPSGRSintaikerjasamamuafakatperikatan nasionalPNTan Sri Annuar Musa.warisan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd