• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak FMD Indonesia Dorong Sekatan NZ, Australia

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Wabak FMD Indonesia Dorong Sekatan NZ, Australia
Share on FacebookShare on Twitter

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, memberi amaran penyakit kuku dan mulut (FMD) di Indonesia boleh menjejaskan ribuan pekerjaan di New Zealand dan Australia yang kini meningkatkan sekatan biosekuriti sempadan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Walaupun bukan ancaman kepada manusia, ia akan memusnahkan kelompok negara kita. Pada asasnya, semua haiwan bertelapuk adalah berisiko,” katanya kepada pemberita di Wellington.

Ardern memberi amaran penyakit itu, yang pertama kali dikesan di Indonesia April lalu, berpotensi mengancam sehingga 100,000 pekerjaan dalam sektor pertanian New Zealand kerana ia adalah penyakit virus ternakan yang teruk dan sangat berjangkit.

Ekonomi boleh terjejas dengan ketara, terutamanya bagi negara seperti New Zealand yang mengeksport kira-kira 17 juta biri-biri dan dua juta lembu dalam tempoh lapan bulan sehingga Mei lalu.

Wabak yang melanda dua wilayah Indonesia itu membunuh ribuan lembu dan menjangkiti ratusan ribu ternakan lagi.

Ardern berkata, New Zealand tidak pernah mengalami wabak dan mahu mengekalkan rekod itu dengan memperketat sekatan sempadan.

“Kami mahu memastikan semua ketetapan disediakan untuk melindungi diri daripada ancaman FMD ini,” katanya.

Ardern berkata, sangat penting untuk menghalangnya memasuki negara itu, berpotensi melalui pelancong Australia yang pernah melawat Asia Tenggara, biarpun tiada penerbangan terus dari Indonesia ke New Zealand ketika ini.

Pelancong dari Indonesia tidak dibenarkan membawa produk daging ke New Zealand, selain bagasi akan disaring dan lapangan terbang akan dilengkapi alas kaki pembasmi kuman untuk membersihkan kasut.

Di Australia, semua bungkusan dan bagasi dari China dan Indonesia kini diperiksa dan terdapat juga alas kaki di lapangan terbang sebagai tindak balas penyakit itu.

Canberra setakat ini menolak gesaan pembangkang untuk menutup sepenuhnya sempadan ke Indonesia, tetapi tidak menafikan langkah selanjutnya.

Ardern berkata, kerajaan bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi mengurangkan risiko, selain sempadan New Zealand dibuka sepenuhnya kepada semua pelawat, tengah malam kelmarin.

Menteri Biosekuriti New Zealand, Damien O’Connor, berkata ‘berjaga-jaga sangat penting’ kerana penyakit itu boleh menjejaskan hingga 77 peratus hidupan liar negara itu, termasuk rusa, babi dan biri-biri.

Beliau merujuk kepada bagaimana FMD merosakkan sektor pertanian Britain pada 2001 apabila jutaan lembu dan biri-biri terpaksa dilupuskan.

BHonline-

Tags: AustraliaIndonesiaNew Zealandwabak FMD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd