Sample Page Title

Rasanya tiada siapa di Negeri Sembilan tidak mengenali sosok bernama Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih mesra dengan gelaran Tok Mat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rakyat bukan Negeri Sembilan jika sebut tentang Negeri Sembilan tentunya akan terlintas nama Tok Mat dalam fikiran mereka.

Sinonimnya Tok Mat dengan Negeri Sembilan sehinggakan tidak keterlaluan dikatakan Negeri Sembilan itu Tok Mat dan Tok Mat itu Negeri Sembilan.

Cuba anda sebut tentang Datuk Seri Aminuddin Harun mungkin sebilangan orang terpaksa “menggoogle” untuk ambil tahu siapakah beliau.

Namun jangan salah faham Tok Mat dikenali ramai bukan semata-mata kerana identiti ‘anak nogori’, sebaliknya kecemerlangan beliau sepanjang menjadi Menteri Besar.

Tok Mat dalam tempoh lebih sedekad mentadbir Negeri Sembilan bermula 25 Mac 2004 telah berjaya memacu ekonomi yang gemilang buat negeri itu.

Menggunakan lebih 20 tahun pengalamannya dalam sektor korporat di dalam dan luar negara, Negeri Sembilan muncul satu-satunya negeri melunaskan hutang secara tunai kepada Kerajaan Persekutuan.

Semasa penggal 2013 hingga 2018, Negeri Sembilan terus mencatat prestasi ekonomi yang membanggakan sehingga negeri itu berjaya melepasi sasaran menarik pelaburan RM1 bilion.


Tok Mat juga telah menyediakan perancangan jangka panjang bagi menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri sebuah negeri yang maju dibawah Rancangan Struktur Negeri Sembilan (RSNS) 2045.

Bagaimanapun semuanya telah tertulis angkara sentimen politik yang keterlaluan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tok Mat terpaksa menerima tempiasnya.

Individu yang begitu sayangkan negeri kelahirannya sehingga sanggup meninggalkan dunia korporat dibuang begitu sahaja angkara tsunami fitnah dan pembohongan.

Namun rakyat Negeri Sembilan sudah tampak serik atas kekilafan lalu. Mereka mahukan Tok Mat kembali sebab itu memberi kemenangan besar kepada Tok Mat dalam PRK Rantau pada 2019.

Tok Mat menang 10, 397 undian berbanding lawan utamanya, Dr S.Steram dari Pakatan Harapan yang mengumpul 5,887 undian meskipun PH merupakan kerajaan ketika itu.

Bagaimanapun harap maaf rakyat Negeri Sembilan mungkin terpaksa bersaing dengan rakyat negeri-negeri lain kerana rakyat negeri-negeri lain mahukan Tok Mat untuk Malaysia.

Tok Mat yang diketahui sangat bijak dalam aspek ekonomi dan memiliki trek rekod sangat bersih sebagai seorang tokoh politik disebalik wujud anasir-anasir fitnah yang cuba menidakkan.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...