Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Video: Ibu Muda Tolak...

SEORANG ibu muda di Thailand berdepan dakwaan membunuh selepas sengaja menolak anaknya ke...

Pengasas Bersama Kelab Komedi...

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

PRN JOHOR : BN...

PETALING JAYA – Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) hampir pasti memenangi...

Proses Pemeriksaan Awam HSR...

KUALA LUMPUR - MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) telah selesai menjalankan proses...

Terpinga-Pinga Didakwa Bunuh Isteri, Bayi

Johor Bahru : Seorang pencuci kapal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayi lelakinya, 4 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Mohamad Amir Nazri Mohd Adam, 24, hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Amir didakwa membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, di rumah di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu, di sini.

Tertuduh juga didakwa membunuh bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef, dua bulan lapan hari, di lokasi sama.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masing pada 11.30 pagi dan 11.40 pagi, 4 Julai lalu.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Danial Munir.

Terdahulu, Mohamad Amir yang memakai baju T hitam dan seluar biru, kelihatan terpinga-pingga dan sugul apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.


Adik lelaki tertuduh yang berada di galeri awam dilihat turut ditenangkan oleh ahli keluarganya selepas pertuduhan dibacakan.

Muhammad Qaiyyum tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain memohon tarikh sebutan kedua kes itu.

“Tarikh sebutan baharu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat dan DNA (asid deoksiribonukleik).

“Pihak pendakwaan juga memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai, di sini, bagi menyiasat keadaan mentalnya,” katanya.

Mohd Zulhilmi kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh ke Hospital Permai, hari ini bagi menjalankan pemeriksaan tahap mentalnya.

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 18 Ogos depan bagi mendapatkan laporan penuh bedah siasat, DNA serta keputusan ujian psikiatri tertuduh.

Pada 4 Julai lalu, tertuduh dilaporkan melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dipercayai mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, di sini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori