Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bajet 2019: Cuepacs Tidak...

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak akan memberi tekanan...

8 Maut Insiden Serangan...

KABUL - Sekurang-kurangnya lapan terbunuh hari ini selepas seorang pengebom nekad meletupkan dirinya...

UMNO Ada Rekod Cemerlang...

KUALA BERANG - Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah mencipta rekod yang...

BN Janji Tingkat Azam...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merakamkan...

Sekat Bekas Menteri PH Keluar Malaysia

Bekas Ahli Parlimen Pandan a.k.a Raja Formula, Rafizi Ramli berusaha gigih menggunakan kepakarannya untuk memesongkan isu berkait tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah sejak beberapa hari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau cuba mengalihkan kecaman rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memutarbelit berhubung notis awal niat untuk memulakan timbang tara bertarikh 2 November 2017.

Walhal penimbang tara hanya dilantik pada Mac 2019. Notis timbang tara hanya diserahkan kepada Malaysia pada 30 Julai 2019 iaitu semasa Malaysia ditadbir kerajaan PH. Dalam erti kata lain Najib tidak sempat setelkan isu tersebut sebab kerajaan Barisan Nasional (BN) telah tumbang.

Tidak mengapalah. Itu memang kerja Rafizi menghasut rakyat seperti yang beliau sendiri pernah akui secara terbuka. Beliau juga secara terbuka menyatakan Barisan Nasional (BN) perlu diserang, maka biarlah beliau syok sendiri dengan gelagatnya kerana rakyat hari ini bukan bodoh.

Apapun bekas Peguam Negara kerajaan PH dan barisan jemaah menteri kerajaan PH yang mentadbir negara selama 22 bulan selepas menang PRU-14 wajar dikenakan larangan meninggalkan negara.

Setiap mereka wajar tidak dibenarkan untuk keluar dari Malaysia sehingga isu berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu dan rampasan dua aset Petronas yang berlaku di Luxembourg baru-baru ini terungkai.


Sebarang unsur kecuaian dalam isu ini perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya kerana ia melibatkan maruah dan kedaulatan negara. Apatah jika ia kecuaian yang disengajakan yang merupakan pengkhianatan kepada tanah air.

Setakat ini bekas barisan jemaah menteri kerajaan PH berdolak dalih mendakwa konon mereka tidak tahu menahu tentang surat yang dihantar Peguam Negara kerajaan PH kepada peguam waris Kesultanan Sulu sehingga memberi implikasi besar kepada negara.

Dakwaan mereka sangat mengelirukan kerana Peguam Negara selaku penjawat awam sudah tentu harus merujuk kepada Kabinet atau sekurang-kurangnya kepada Perdana Menteri sebelum membuat keputusan besar buat negara seperti itu.

Kita khuatir mereka-mereka ini akan mengambil tindakan serupa seperti bekas Presiden Sri Lanka yang melarikan diri ke luar negara.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori