• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

oleh Mynewshub
17/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!, Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar yang juga Perdana Menteri melontarkan kata-kata tersebut di hadapan para ahli dan penyokong Pakatan Harapan (PH) pada Konvensyen PH 2026 di sini hari ini.

Laungan berkenaan menerima tepukan dan sorakan gemuruh daripada para penyokong PH yang turut berdiri, jelas kelihatan amat teruja dan terharu.

Terdahulu, Pengerusi PH itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak tertentu yang memperkotak-katikkan dan meretakkan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, beliau juga mengetahui mengenai Menteri Besar dan Ahli Parlimen tertentu yang memaki hamunnya dengan sangat teruk.

Justeru, katanya, beliau tiada pilihan lain selain memanggil semua pemimpin PH untuk berunding sama ada Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan.

“Kekuatan negara ini ialah kestabilan politik. Tapi kalau ikhtiar itu.. saya sabar sebaik-baiknya. Saya tahu MB itu, Ahli Parlimen itu memaki saya seteruk-teruknya sehingga tidak masuk akal. Tetapi kalau dia jumpa saya dengan baik, saya sambut dengan baik. Saya dilatih begitu.

“Tapi kalau kamu pilih untuk bertempur, apa pilihan yang saya ada? Malah dalam tempoh tersekat ini, saya akan panggil pimpinan PH untuk berunding.

“Bukan sahaja di negeri ini, malah kita perlu mula berfikir serius kalau beginilah cara kita memperkotak-katik dan meretakkan hubungan dalam kerajaan, apakah mungkin kita memilih untuk mengumumkan PRU di seluruh negara.

“Tapi biarlah kita putus bersama. Dua negeri sudah umum (Johor dan Negeri Sembilan) hampir pasti kita lawan semuanya. Lawan tetap lawan! Membujur lalu melintang patah!,” ungkap Anwar. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimJohorKonvensyen Pakatan Harapan 2026Laungan KeramatLawan Tetap LawanMembujur Lalu Melintang PatahPerdana MenteriPH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd