• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Umum Lantik Senator Wakili Belia Di Dewan Negara

oleh AK-47
16/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Umum Lantik Senator Wakili Belia Di Dewan Negara
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan untuk melantik seorang Senator daripada golongan belia sebagai wakil di Dewan Negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan memaklumkan bahawa penting supaya suara belia didengari oleh kerajaan.

“Saya berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan melihat pentingnya belia kepada negara, suara belia pasti didengari oleh kerajaan, pandangan belia pasti dihargai oleh kerajaan, belia adalah masa hadapan negara.

“Untuk itu, untuk mendengar suara belia, pandangan belia, maka saya mengumumkan untuk melantik seorang Senator daripada golongan belia.

“Saya percaya, dengan adanya wakil belia dalam Dewan Negara, suara belia kita didengar secara terus daripada wakil belia kita,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran, di sini, pada Sabtu.

Jelas beliau lagi, belia adalah masa depan kepada negara dan ia bergantung kepada warga belia yang ada.

“Seperti yang saya katakan, masa depan negara ini bergantung kepada anda warga belia semua,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan sebanyak RM1 juta lagi diperuntukkan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk dikongsi bersama pertubuhan yang lain.

“Saya difahamkan oleh Presiden MBM banyak lagi program diatur dan dirancang termasuk kempen dan pelbagai program lain.

“Saya dimaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beri peruntukan sebanyak RM1 juta tetapi untuk aktiviti-aktiviti termasuk untuk membantu pertubuhan-pertubuhan belia di bawah tidak ada bajet.

“Untuk hari ini, saya mengumumkan peruntukan RM1 juta lagi untuk MBM untuk dikongsikan bersama dengan pertubuhan-pertubuhan belia yang lain,” katanya.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ahmad Faizal.

-Sinar Harian

Tags: BeliaDewan NegarapmSenator
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd