Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung isu tuntutan daripada waris keturunan Sulu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sekurang-kurangnya 12 laporan polis dibuat secara serentak oleh pelbagai peringkat kepemimpinan PKR di balai polis sekitar ibu negara, bermula jam 11 pagi tadi.

Tindakan itu dibuat selepas Najib didakwa melakukan kecuaian sehingga menyebabkan negara berdepan tuntutan kira-kira RM67.5 bilion daripada waris keturunan Sulu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata laporan polis itu berkait satu dakwaan kecuaian Najib dalam isu penyelesaian tuntutan waris Sultan Sulu yang dilihat sudah menampakkan kesan selepas dua aset PETRONAS di Azerbaijan disita dan diambil alih.

Beliau berkata, menerusi laporan polis itu, pihaknya berharap Najib disiasat mengikut Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) dan peraturan yang mengikat seorang pejawat awam semasa dalam perkhidmatan untuk menentukan unsur kecuaian yang dilakukan oleh Najib dalam menangani isu itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pantai berkata, keadaan ‘agak panas’ juga berlaku di Parlimen semalam apabila Speaker Dewan Rakyat menolak usul Ahli Parlimen untuk membahaskan isu itu.

“Ramai Ahli Parlimen dan juga rakyat Malaysia risau mengenai aset negara kita yang disita, diambil, dirampas oleh mana-mana pihak. Justeru, kita perlukan jawapan yang jelas, bukan sahaja di Parlimen tetapi oleh pihak kerajaan.


“Maka, hari ini kami keluar beramai-ramai membuat laporan polis dan di Balai Polis Pantai sahaja, kita buat empat laporan polis.

“Kita memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan segera kerana kita lihat tindakan pengambilalihan aset negara yang berlaku sekarang, kita tidak mahu lebih banyak aset

negara diambil sedemikian rupa,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Fahmi, bersama Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Aina Naziratul Aini Sayuty, membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis Pantai, di sini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, membuat laporan polis di Balai Polis Setiawangsa, dekat sini, pada jam 11 pagi tadi.

Laporan polis turut dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gaduh Di Kawasan Hiburan TREC KL, Polis Tahan 3 Lelaki

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kes pergaduhan hingga...

23 Maut Bot Karam Di Bangladesh – Polis

DHAKA: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan puluhan lagi hilang selepas sebuah bot dinaiki karam...

5 Lagi PPS Dibuka Di Johor, Mangsa Banjir Meningkat

JOHOR BAHRU: Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor, menjadikan keseluruhannya enam...

Rampasan Kuasa Di China?

BEIJING - Media sosial di China kecoh dengan khabar angin tentang kemungkinan rampasan kuasa...

Hampir 200 Paus Mati Di Pantai Australia

CANBERRA – Hampir 200 paus mati selepas terdampar dan dilanda ombak di pantai barat...

Belasah Adik Kerana Sindiran

Ampang Jaya : Tidak berpuas hati disindir adiknya, seorang lelaki tergamak menumbuk muka adiknya...

Hidung Berdarah, Ronaldo Resahkan Penyokong Portugal

LONDON : Cristiano Ronaldo meresahkan penyokong Portugal buat seketika apabila mengalami pendarahan di hidung...