• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerintah Indonesia Akan Biayai Kos Rawatan Cacar Monyet

oleh Mohd Arshad
29/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemerintah Indonesia Akan Biayai Kos Rawatan Cacar Monyet
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pemangku Pengarah Pengawasan Kesihatan dan Kuarantin Kementerian Kesihatan Indonesia, Endang Budi Hastuti memaklumkan bahawa pemerintah sedang menyediakan rang undang-undang berhubung pembiayaan rawatan cacar monyet.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata,rang undang-undang itu digubal bagi memastikan perbelanjaan perubatan cacar monyet ditanggung sepenuhnya oleh pemerintah.

“Ketika ini, peraturan pembiayaan sedang dibincangkan agar sekiranya ada kes cacar monyet yang dikesan di Indonesia, kos rawatannya ditanggung oleh pemerintah,” kata Endang.

Endang berkata, kos rawatan penyakit itu boleh ditanggung sepenuhnya oleh pemerintah kerana ia merupakan penyakit berjangkit yang baru muncul atau menyerang populasi.

“Penyakit berjangkit yang baru muncul memang ditanggung pemerintah sekiranya penyakit itu termasuk dalam senarai berkenaan, justeru, pemerintah akan memberi rawatan,” kata Endang.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Syahril menambah, selain pembiayaan daripada pemerintah cacar monyet boleh dimasukkan dalam senarai rawatan yang dilindungi Pentadbiran Keselamatan Sosial (BPJS).

Setakat ini, penyakit cacar monyet belum lagi dikesan di Indonesia selepas sembilan orang yang disyaki terkena cacar monyet dinyatakan negatif selepas melalui ujian makmal.

-Kosmo Online

Tags: cacar monyetIndonesiaKos RawatanKos Rawatan Cacar Monyet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd