Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kadar Zakat Fitrah Perlis...

KANGAR : Bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis pada tahun ini...

Wanita Selamba Berak Di...

PENGOTOR. Manusia jenis apa la yang sanggup berak tepi jalan. Itu yang berlaku...

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan...

Nilai aset kerajaan persekutuan setakat ini adalah melebihi RM1 trilion, kata Timbalan Menteri...

Rujuk ISN Dalam Pengambilan...

KUALA LUMPUR – Atlet negara seharusnya lebih kerap merujuk kepada Institut Sukan Negara...

PCB Mudahkan Urusan Cukai Pendapatan

Memasuki alam pekerjaan merupakan cabaran baharu dalam kehidupan seseorang. Memasuki alam pekerjaan bermaksud kita telah mula bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jika sebelum itu segalanya tentang diri kita diuruskan oleh ibu bapa atau penjaga kita, kini kebanyakan perkara perlu diselesaikan sendiri.

Begitu juga tentang pendapatan dan perbelanjaan hidup. Harus bijak mengurus. Gaji diterima perlu diselarikan dengan perbelanjaan diri. Silap kiraan alamat terkulai.

Memasuki alam pekerjaan juga bermaksud anda kini telah menjadi individu yang dikategorikan sebagai pembayar cukai sekiranya pendapatan diterima layak dicukaikan.

Justeru, sebagai golongan yang telah memasuki alam pekerjaan anda harus memiliki sekurang-kurangnya pengetahuan asas tentang cukai pendapatan.

Perkara paling asas perlu anda ketahui adalah tentang potongan cukai bulanan (PCB) supaya anda tidak tertanya-tanya mengapa gaji bulanan dipotong oleh majikan.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), PCB ialah satu mekanisme di mana majikan membuat potongan gaji pekerja secara bulanan.

Potongan gaji bagi tujuan pembayaran cukai pendapatan pekerja dengan menggunakan Kaedah Pengiraan Penggajian Berkomputer atau merujuk kepada e-Jadual PCB.

Secara ringkas, gaji anda dipotong untuk membayar cukai dalam bentuk bulanan berbanding anda perlu membayarnya secara lumpsum untuk tempoh sepanjang tahun.

Potongan PCB bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekali gus apabila cukai dikira. Ini juga merupakan suatu sistem yang memudahkan pembayar cukai.


Mungkin anda tertanya-tanya apakah Kaedah Pengiraan Penggajian Berkomputer atau merujuk kepada e-Jadual PCB adalah tepat?

Bagi hal tersebut usah bimbang kerana anda boleh membuat pengisytiharan pendapatan kepada LHDNM melalui Borang Nyata Cukai apabila tiba waktunya.

Jika kiraan anda mempercayai anda telah terlebih bayar cukai pendapatan melalui potongan PCB, anda boleh membuat tuntutan bayaran balik cukai daripada LHDNM.

Selepas anda mengetahui tentang apa itu PCB, maka anda perlu juga mengambil maklum tentang kewajipan majikan anda untuk remitkan amaun PCB yang dipotong kepada LHDNM.

Terdapat kes dimana majikan telah memotong gaji anda untuk PCB, tetapi wang tersebut tidak diserahkan kepada LHDNM yang merupakan suatu kesalahan besar.

Justeru, adalah penting untuk anda yang baru memasuki alam pekerjaan memastikan bahawa majikan tidak membuat kesalahan tersebut kerana itu adalah hak anda.

Jika berasa sangsi sama ada majikan telah remitkan amaun PCB yang dipotong daripada gaji anda, maka hubungi pihak LHDNM untuk mendapatkan kepastian.

Usah takut, usah gentar kerana PCB merupakan hak anda dan LHDNM akan sentiasa bersedia untuk membantu anda jika berdepan situasi yang meragukan.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori