• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kekal Tahap 3 Dalam Laporan Pemerdagangan Manusia

oleh Mohd Arshad
21/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Kekal Tahap 3 Dalam Laporan Pemerdagangan Manusia
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Malaysia dilaporkan kekal berada pada tahap tiga (Tier 3) dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Mengenai Pemerdagangan Orang (Us Tip Report) 2022.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Laporan itu mendedahkan kerajaan gagal mencapai piawaian minimum terhadap usaha menghapuskan pemerdagangan manusia.

Memetik laporan yang dikeluarkan, Jabatan Negara AS berkata, kerajaan Malaysia sudah mengambil ‘beberapa langkah’ untuk menangani isu pemerdagangan seperti meminda Akta antipemerdagangan manusia dan Akta Pekerjaan untuk memasukkan definisi buruh paksa yang lebih luas.

Malah, kerajaan juga dilaporkan sudah mensabitkan lebih ramai pemerdagang manusia berbanding tempoh pelaporan sebelum ini dan mengeluarkan lebih banyak pas kebebasan bergerak untuk mangsa yang dikenal pasti di pusat perlindungan yang dibiayai kerajaan, selain menerima pakai pelan tindakan nasional lima tahun terhadap buruh paksa.

Bagaimanapun, laporan terbabit mendakwa, kerajaan terus menggabungkan jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran yang menghalang penguatkuasaan undang-undang dan usaha mengenal pasti mangsa.

Dalam laporan itu, turut mendedahkan siasatan berhubung kes antipemerdagangan merosot dan Malaysia tidak mendakwa atau mensabitkan pegawai kerajaan yang didakwa terlibat dalam jenayah pemerdagangan.

Laporan berkenaan meliputi usaha kerajaan bermula 1 April 2021 hingga 31 Mac 2022.

Pada Jun tahun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mensasarkan untuk mencapai kedudukan Tier 1 atau Tier 2 dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dalam laporan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hasan dilaporkan berkata, usaha untuk mencapai sasaran itu akan dilakukan PDRM bersama agensi di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).

“Memang kita (berusaha) nak letakkan usaha kita di Tier 2 (atau) Tier 1 seperti Singapura dan Filipina. Kita telah mencapai Tier 2 sebelum ini (tahun 2017) dan kita akan memastikan usaha (terbaik) bersama agensi di bawah MAPO, tahun lalu kita diletakkan di Tier 2 Watch List,”katanya.

Untuk rekod kali terakhir Malaysia mencapai tier dua adalah pada tahun 2017 dan berada di senarai pematauan tier dua dari tahun 2018 sehingga 2020.

Tahun lalu, Malaysia dikategorikan berada di tier tiga bersama Vietnam, Kemboja, Brunei dan Macau.

UtusanOnline-

Tags: Amerika SyarikatMalaysiapemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana muncul juara acara regu berpasukan...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd