• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Rayu Ganti Rugi RM3.1 Juta Kes ‘Hilang’ Kepala Alat Sulit

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Rayu Ganti Rugi RM3.1 Juta Kes ‘Hilang’ Kepala Alat Sulit
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan ganti rugi RM3.1 juta kepada seorang pemuda berusia 22 tahun selepas mendapati hospital cuai dalam mengendalikan kes kepala alat sulit mangsa terpotong ketika berkhatan 12 tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam Persekutuan, K Saravanan ketika dihubungi media, berkata Pejabat Peguam Negara (AGC) yang mewakili semua defendan sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan terbabit di Mahkamah Rayuan pada 27 April lalu.

Katanya, pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 27 Julai ini di Mahkamah Rayuan yang akan dijalankan secara e-Review.

Pada 7 April lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman kecuaian difailkan pemuda berkenaan terhadap Kerajaan Malaysia, pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis, Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor.

Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan ganti rugi khas RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000 dan ganti rugi teladan RM500,000 kepada mangsa.

Ketika berusia 18 tahun, mangsa memfailkan saman pada 10 Julai 2018 melalui ibunya, menyatakan insiden berlaku di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis ketika dia berusia 10 tahun mengakibatkan keseluruhan kepala zakar terpotong dan penyambungan semula tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul.

Plaintif mendakwa, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi prosedur pembedahan menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar.

Selepas masuk hari ke-35, plaintif berkata, beliau terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak lagi berada pada batang zakar.

Dalam alasan penghakiman, Akhtar berkata, kelewatan Hospital Kuala Lipis, Hospital Selayang dan beberapa pegawai perubatan termasuk doktor pakar mengambil langkah pantas untuk menyelamatkan kepala zakar yang terpotong menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa.

Daripada bertindak menghantar mangsa ke Hospital Selayang dengan cepat, beliau berkata, defendan pertama yang juga pegawai perubatan di Hospital Kuala Lipis sebaliknya melakukan perkara remeh temeh.

Katanya, keterangan saksi plaintif dan defendan turut menunjukkan prosedur yang sepatutnya dilakukan ialah bukannya menyambung semula kepala zakar yang terputus, tetapi memelihara kepala zakar terbabit yang hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah mikro.

Akhtar turut menegaskan, tiada ganti rugi dapat menggantikan aset paling berharga seorang lelaki dan kesengsaraan serta perasaan malu mangsa disebabkan ‘kehilangan’ itu.

Walaupun begitu, katanya, mahkamah perlu memberikan ganti rugi yang boleh membantu mengurangkan beban mangsa dan keluarga untuk membantunya mendapatkan semula keyakinan bersosial seperti manusia normal yang lain.

-Berita Harian

Tags: ganti rugiKerajaanKes 'Hilang' Kepala Alat Sulit
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd