• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Tawaran Tingkatan Enam Diumum 7 Julai Depan

oleh Mohd Arshad
02/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keputusan Tawaran Tingkatan Enam Diumum 7 Julai Depan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA– Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai depan melibatkan dua kaedah iaitu secara dalam talian dan semakan di sekolah asal masing-masing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, susulan itu, murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 boleh membuat semakan menerusi aplikasi dalam talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.

“Bagi murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet, mereka boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

“Murid yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022,” katanya di sini tadi.

Kata KPM lagi, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama.

“Murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

“Oleh demikian, murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam dinyatakan dalam surat tawaran,” ujarnya.

Katanya, pelajar yang terpilih bagi pengambilan rayuan pula, tarikh lapor diri ditetapkan pada 2 Ogos 2022.

kosmo-

Tags: keputusantawarantingkatan enam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menegaskan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibuat...

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP akan menyerahkan kepada lebih 4,000 perwakilan parti untuk menentukan sama ada parti itu akan terus kekal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd