• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakarta Tolak Tawaran Hantar 10,000 Lagi Jemaah Haji

oleh AK-47
03/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jakarta Tolak Tawaran Hantar 10,000 Lagi Jemaah Haji
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Indonesia menolak tawaran pihak berkuasa Arab Saudi untuk menghantar tambahan 10,000 lagi warganya bagi menunaikan ibadat haji tahun ini, berikutan kesuntukan masa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Susulan sekatan COVID-19 dilonggarkan, awal tahun ini kerajaan Indonesia berkata ia hanya akan menghantar kira-kira 100,000 jemaah haji, selepas dua tahun negara itu melaksanakan sekatan kesihatan, sekali gus menghalang bakal jemaah menunaikan haji.

Kumpulan pertama jemaah dari Indonesia, merangkumi beberapa ribu jemaah dari Jawa Tengah, Jawa Timur, Jakarta dan Jawa Barat, tiba di Arab Saudi sejak bulan lalu diikuti kumpulan terakhir hari ini.

Bagaimanapun, kuota bagi tahun ini kurang daripada separuh jumlah yang biasa diperoleh Indonesia selaku negara majoriti Islam, iaitu sekitar 220,000 orang yang ditetapkan bagi menunaikan ibadat itu pada 2020.

Bagaimanapun, kerajaan terpaksa membatalkan kuota asal bagi program tahunan itu susulan Arab Saudi mengumumkan penangguhan haji kepada bakal jemaah dari negara luar akibat ancaman pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Haji dan Umrah Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia, Hilman Latief, dalam kenyataan media Rabu lalu memaklumkan, walaupun Indonesia menerima jemputan menghantar tambahan 10,000 lagi jemaah, kerajaannya memutuskan untuk menolaknya.

Katanya, Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia turut menghantar pegawai ke Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, memaklumkan keputusan negaranya untuk tidak lagi menghantar jemaah kerana kekangan masa.

“Mereka memahami syarat dan sistem yang diguna pakai Indonesia. Mereka memahami sistem kuota (Indonesia), nombor siri dan lain-lain (peruntukan).

“Penghantaran bakal jemaah haji mesti mengikut peraturan yang dilaksanakan,” katanya.

Berikutan Indonesia menerima surat jemputan itu pada 21 Jun, kata Hilman, kerajaan tidak dapat memenuhi tarikh penerbangan kumpulan terakhir pada 3 Julai, memandangkan tarikh akhir permohonan visa jatuh pada 29 Jun yang lalu.

Selain itu, tambah beliau, kerajaan perlu mengadakan mesyuarat dengan Suruhanjaya VIII Dewan Rakyat, yang menyelia hal ehwal sosial, untuk menentukan sebarang tambahan kuota dan skim pembiayaannya.

Keputusan mesyuarat itu perlu disusuli dengan pengeluaran watikah presiden dan menteri untuk kuota tambahan.

Kerajaan juga perlu mengesahkan data serta dokumen bakal jemaah haji dan pada masa sama, memerlukan masa mencukupi untuk jemaah haji membayar yuran haji.

kadar yang ditetapkan sebelum mini hanya di bawah 39 juta rupiah (RM11,470) bagi setiap jemaah dalam kumpulan pertama 100,000 jemaah

UtusanOnline-

Tags: Covid-19Indonesiajemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd