Sample Page Title

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) aplikasi merupakan atur cara atau program komputer yang direka khusus untuk kegunaan tertentu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Aplikasi dalam pengertian umum pula program yang diciptakan untuk melakukan tugas-tugas tertentu pada peringkat komputer.

Ledakan telefon pintar bermula 2008 bagaimanapun telah memudahkan capaian aplikasi sekali gus membentuk gaya hidup digital masyarakat dunia.

Aplikasi kini medium utama bagi banyak urusan manusia termasuk dalam aspek komunikasi, pentadbiran, perniagaan, pendidikan mahupun kewangan.

Antara aplikasi paling popular WhatsApp sebagai program komunikasi yang mudah dan cepat yang telah beroperasi kira-kira 13 tahun.

Begitu juga dengan kewujudan aplikasi-aplikasi untuk membantu memudahkan urusan orang ramai dengan bank atau jabatan kerajaan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebagai contoh tidak ketinggalan memanfaatkan aplikasi bagi mempertingkatkan perkhidmatan.

Banyak aplikasi diwujudkan LHDNM untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan agensi kutipan cukai negara itu dengan pantas dan efisien.

Sebanyak enam aplikasi termasuk MyTax, Bantuan Keluarga Malaysia, e-filing ternyata telah meringkaskan, menjimatkan dan melicinkan perkhidmatan LHDNM kepada rakyat.


Terbaru, LHDNM melancarkan aplikasi GeoHASiL bagi memantapkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela.

Pelancaran aplikasi itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Mohd Nizom Sairi di Menara HASiL Cawangan Kuantan, Pahang.

Lebih menarik aplikasi itu dibangunkan sendiri oleh kepakaran dalaman LHDNM sebagai inisiatif baharu dalam memudahkan para pegawainya menjalankan tugas risikan, pengesanan, penguatkuasaan dan pendidikan cukai.

Aplikasi GeoHASiL antara lain membolehkan kaedah Lawatan Banci Bisnes (LBB) yang dilaksanakan secara manual sebelum ini dilaksanakan secara digital dan dalam talian.

Termasuk pemetaan premis perniagaan di sesebuah lokaliti mengguna pakai google maps disamping jejak GPS bagi membolehkan pengguna melihat kedudukan semasa.

LBB adalah operasi khusus yang dilancarkan oleh LHDNM bagi meningkatkan tahap pemahaman masyarakat mengenai cukai pendapatan.

Ia adalah salah satu pendekatan atau strategi berterusan LHDNM dalam rangka pembesaran asas cukai untuk mengenal pasti individu mahupun perniagaan yang berpotensi didaftarkan sebagai pembayar cukai.

Lokasi untuk operasi itu bagaimanapun perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mensasarkan kawasan yang berpotensi, maka kewujudan aplikasi GeoHASiL akan memperkasakan objektif operasi LBB LHDNM.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...