• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YBR Peruntuk Bantuan RM160,000

oleh Mohd Arshad
15/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan bantuan awal pengajian sebanyak RM160,000 kepada 160 pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Sarawak Kampus Kota Samarahan sebagai persediaan untuk memulakan pengajian.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mereka yang terdiri dari keluarga berpendapatan rendah itu menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi membuat persediaan kemasukan sesi pengajian yang baru sahaja bermula.

Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pihaknya berharap agar lebih ramai agensi atau badan bukan kerajaan seperti ini akan tampil dan mengikut jejak langkah dengan membantu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya masyarakat luar bandar.

Katanya, selain misi membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar dalam memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, beliau berharap ia dapat meringankan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara.

Tambah beliau, program bantuan seperti itu sedikit sebanyak mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar sebelum mendapat mana-mana bantuan atau dana dalam meneruskan pengajian sedia ada.

‘Pihaknya juga amat mengalu-alukan bantuan seperti ini kerana sekurang-kurangnya para pelajar kurang berkemampuan mendapat perhatian pihak luar dan memberikan rasa keterujaan untuk membuat persiapan memasuki pengajian sama seperti mereka yang bernasib baik,’ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bantuan Awal Pengajian yang berobjektifkan untuk membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan terutama di kalangan B40 dalam memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di negara ini.

Bantuan permulaan ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang komited, berkualiti, mampan, bercirikan keusahawanan, serta mampu berdaya saing di semua peringkat yang menjadi asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka masa yang panjang.

Ia juga diharap agar pelajar memanfaatkan setiap peluang yang disediakan.

Untuk makluman sehingga kini, seramai 3,277 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.2 juta sejak dari tahun 2017 dan bagi tahun 2022, sejumlah RM1.0 juta diperuntukan bagi bantuan ini.

-Utusan Online

Tags: bantuanYBR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd