Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

‘Tentera Bawang’ Ajar Pembuli...

KUALA LUMPUR - 'Tentera bawang' telah mengambil tugas mengajar pembuli siber yang didakwa...

87 Petani Rugi Padi...

PADANG BESAR - Seramai 87 petani di enam kampung di Beseri dekat sini,...

Tiga Maut, Tiga Parah...

(TERKINI: Seorang lagi pekerja binaan maut apabila sebahagian pasaraya dalam pembinaan di Pulau...

Dakwaan Bakal Dipecat Dari...

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa dia diberitahu supaya mengadakan pilihan raya...

Stereotaip Tentang LHDN Perlu Berakhir

Sebilangan orang kurang berminat mendengar perkataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kerana bagi mereka LHDNM cuma tahu mengambil wang mereka.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Stereotaip ini suatu prasangka yang salah lagi tersasar kerana andai kita memahami apakah itu LHDNM, maka pasti kita akan lebih peduli dan mengerti.

LHDNM adalah salah satu agensi utama memungut hasil negara yang asalnya dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia sebelum diperbadankan pada 1 Mac 1996.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 bagi memperkasa dan meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian negara.

Agensi ini yang bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Begitu juga di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Setem 1949 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 (LOBATA 1990).

Tanpa LHDN menjalankan tanggungjawabnya sebagai agensi memungut hasil negara tentunya Malaysia tidak akan mengecapi nikmat kemakmuran dan kemajuan seperti hari ini.

Harus mengerti bagi Malaysia, cukai pendapatan dikutip LHDNM menyumbang lebih 50 peratus kepada bajet Persekutuan yang dibentangkan di Parlimen pada setiap tahun.

Sebagai contoh dalam Bajet 2022 sebelum ini, kerajaan telah membentangkan belanjawan berjumlah RM332.1 bilion iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.


Daripada jumlah itu RM233.5 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM75.6 bilion perbelanjaan pembangunan.

Belanjawan sebanyak itu amat diperlukan dalam usaha memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19,

Anggaran bajet itu termasuk dengan mengambil kira sasaran hasil cukai RM139.3 bilion yang ditetapkan kepada LHDNM untuk tahun 2022.

Jika LHDNM tidak mampu mencapai sasaran ditetapkan itu sudah tentu sedikit sebanyak akan menganggu rancangan perbelanjaan mengurus dan pembangunan negara.

Sehubungan itu, kita haruslah mengerti bahawa peranan dan tanggungjawab LHDNM adalah amat penting demi masa depan negara dan rakyat termasuk diri kita.

LHDNM mengutip cukai daripada mereka yang layak adalah untuk negara dan rakyat, bukan untuk dikumpul dan dimiliki oleh agensi kerajaan tersebut.

Para pegawainya memastikan kita membayar cukai pendapatan juga bukan untuk diri mereka, sebaliknya untuk menghasilkan sumber kewangan buat Malaysia.

Kita mahu berasa selesa, selamat, aman dan damai menjadi rakyat Malaysia, maka inilah yang harus kita fahami apa yang dilakukan oleh LHDNM selama ini.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori