Sample Page Title

SUNGAI BULOH – Seramai tiga pelajar lelaki tingkatan 4 telah diambil keterangan berhubung kes buli membabitkan seorang pelajar lelaki tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah sekitar Puncak Alam pada Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa berusia 13 tahun pada hari yang sama.

BULI – Pelajar SMK Puncak Alam Berlubang Lutut

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari di mana mangsa berada di tandas sekolah berkenaan sebelum didatangi tiga pelajar tingkatan 4 di sekolah sama.

“Tiga pelajar terbabit dipercayai telah meminta wang daripada mangsa, namun mangsa memberi alasan bahawa duitnya berada dalam beg sekolah di bilik darjah.

“Menurut mangsa, salah seorang pelajar terbabit tiba-tiba menghentak kepalanya di lantai tandas sebelum suspek lain mengambil batu dan menghentaknya di lutut kanan,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa mendakwa mengalami kecederaan pada bahagian bibir, patah gigi hadapan, hidung, lutut kanan serta sakit di bahagian leher dan menerima rawatan di sebuah klinik di Puncak Alam.

“Hasil soal siasat, mangsa memaklumkan dia ditolak dan bukan dipukul oleh pelajar-pelajar terbabit mengakibatkan dia terjatuh dan patah gigi.


“Mangsa mengakui kecederaan lutut dialaminya berlaku beberapa hari sebelum kejadian berpunca terjatuh di jalan raya akibat terlanggar bonggol jalan dan bukan disebabkan pukul,” katanya.

Shafa’aton memberitahu, mangsa dipanggil polis untuk mengenal pasti pelaku melalui kawad cam dengan mengumpulkan pelajar tingkatan 4 dan 5 di dewan sekolah terbabit, namun mangsa gagal mengecam suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan pelaku masih diteruskan,” katanya.

Sebelum ini, satu portal berita melaporkan seorang pelajar lelaki menjadi mangsa buli apabila lututnya ‘berlubang’ dan cedera di bahagian muka serta gigi akibat dipukul pelajar senior di sekolah berkenaan.

Kosmo-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...