• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penceramah Bebas Tarik Balik Kenyataan Perpindahan Roh

oleh Mohd Arshad
08/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Penceramah bebas, Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli menarik balik kenyataannya berhubung perpindahan roh dari jasad ke jasad atau reinkarnasi setelah menerima kritikan dan kecaman hebat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Muhd. Zainul Asri dari Padang Terap berkata, beliau memohon maaf kerana mencetuskan polemik serta keresahan umat Islam di Malaysia berhubung kenyataan itu dengan memberi alasan sekadar meminjam kata-kata itu daripada gurunya yang sudah meninggal dunia.

“Mengenai kenyataan saya tentang perpindahan roh dari jasad ke jasad, saya tarik balik kenyataan itu. Dengan lafaz Sayyidina Muhammad sebenarnya saya pun tak tahu, bukan lafaz saya.

“Saya ambil daripada guru saya,” katanya dalam laman Facebook miliknya, Syeikh Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli.

Dalam video berdurasi empat minit itu, Muhd. Zainul Asri turut memohon maaf di atas kenyataan tersebut yang dianggap meresahkan umat Islam.

“Saya minta maaf kepada umat Islam di Malaysia yang mengikuti polemik ini. Saya minta maaf kerana meresahkan umat Islam. Tak usah panjang-panjang lah, saya tarik balik kata saya itu bukan kalam saya,” katanya.

Pengakuan dan permohonan maaf penceramah bebas berkenaan tampil setelah tular video dan komen orang ramai mengenainya beberapa hari lepas berkaitan roh manusia boleh berpindah dari satu jasad ke jasad lain.

Kenyataan tersebut mengundang pelbagai kritikan dan kecaman kerana ia jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini menyenaraikan antara ciri-ciri ajaran sesat yang merosakkan akidah umat Islam yang merupakan amalan, upacara dan adat bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang mendakwa orang mati mampu menjelma ke dalam jasad orang hidup.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi termasuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang menjelaskan bahawa reinkarnasi itu adalah kepercayaan karut dan khurafat.

-Utusan Online

Tags: Kenyataanpenceramah bebas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan tetap menjadi...

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd