• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Mahu Akta Dadah Diperkemas

oleh Mohd Arshad
12/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, mencadangkan akta berkaitan dadah dipinda bagi memperkemas undang-undang berkaitan dadah baharu, termasuk syabu yang kini semakin menjadi pilihan penagih di Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarahnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pindaan itu meliputi aspek hukuman bagi pengedaran dan pemilikan dadah serta penyenaraian bahan-bahan kimia baharu dikesan diguna bagi pembuatan bahan terlarang itu di dalam Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Contohnya, sebelum ini jika memiliki 15 gram heroin (seseorang itu dianggap mengedar dadah) dan boleh dihukuman gantung, tetapi bagi syabu dan pil ekstasi, 50 gram.

“Jadi untuk syabu kita nak kurangkan beratnya daripada 50 kepada 15 gram sebab dadah jenis ini paling banyak digunakan penagih ketika ini.

“Kita sudah cadang kepada Kementerian Dalam Negeri sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menjadi panel dalam Seminar Isu Sosial Masyarakat 2022 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, di sini, hari ini.

Ayub Khan berkata, pihaknya turut mencadangkan supaya beberapa jenis bahan kimia baharu diguna dalam pembuatan dadah sintetik disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam ADB 1952.

“Bahan-bahan baharu ini digunakan dalam menghasilkan dadah seperti syabu, ketamin dan pil yaba perlu disenaraikan bagi menangani masalah dadah.

“Di luar negara, lebih 900 bahan kimia disenaraikan sedangkan di Malaysia hanya ada 60 jenis dalam ADB 1952,” katanya.

Ditanya keputusan Thailand menghalalkan penanaman ganja di rumah kepada rakyatnya, beliau menegaskan perkara itu dalam ‘radar’ pihaknya dan kawalan dan pemantauan di sempadan negara kini ditingkatkan bagi mengekang penyeludupan dadah ke negara ini.

“Semangnya keputusan Thailand bakal memberi cabaran baharu kepada Malaysia untuk membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Ini (kebenaran tanam ganja di rumah) memang akan beri kesan, akan timbulkan keghairahan yang lebih di pihak kita.

“Ia akan memudahkan pergerakan ganja selepas dihalalkan sejak 9 Jun lalu hingga tiada had. Mungkin (pengedar dan penyeludup dadah) akan tumpu di sempadan untuk masuk ke Malaysia.

“Malah, semalam pun, kita merampas 860 kilogram ganja yang cuba diseludup masuk dari Thailand,” katanya.

Sementara itu, mengenai keputusan kerajaan memansuhkan hukuman mati, Ayub Khan berkata, pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan hakim dan berpendapat ia tidak menjejaskan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras dadah mahupun menyebabkan penjenayah berani melakukan jenayah dadah.

“Insya-Allah, bagi saya penguatkuasaan lebih penting. Sejak ambil alih JSJN, saya lancar Op Tapis Khas hingga kini yang mana kita berjaya menahan 1,500 tokan.

“Dalam masa terdekat, kita akan tahan ketua-ketua sindiket dadah ini yang mana usaha ini memerlukan tindakan bersepadu semua agensi, bukan hanya PDRM,” katanya.

BHonline-

Tags: akta dadahJSJNPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd