Sample Page Title

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akan melihat sama ada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dibuat serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Besar merangkap Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, bagaimanapun berkata, perkara itu akan dibincangkan semula dengan rakan-rakan di negeri yang lain.

Katanya, sebelum ini enam negeri sepakat untuk tidak membubarkan DUN lebih awal sehingga tempoh akhir penggal.

“Jika (PRU-15) hendak diadakan pada November misalnya, itu biasanya musim tengkujuh, jadi terpulanglah. Kita di peringkat negeri akan buat keputusan, jika ia sudah hampir tamat tempoh penggal, kita akan pertimbangkan.

“Namun, kita akan bincangkan dengan enam negeri yang dulunya bersetuju untuk bersama (tidak bubarkan DUN lebih awal) supaya PRU-15 dianjak ke akhir, supaya ada keputusan bersama, sama ada PRU itu disekalikan dengan negeri dan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Aminuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai segelintir pemimpin parti politik yang mahukan PRU-15 diadakan lebih awal berbanding tempoh akhir penggal pada Julai 2023.

Difahamkan, selain Negeri Sembilan, lima lagi negeri yang sebelum ini bersetuju untuk tidak membubarkan DUN lebih awal daripada tempoh berakhir penggal ialah Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir PH manakala tiga negeri lain ditadbir PAS iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan.


Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun tiga negeri yang ditadbir PAS itu bukan dalam komponen PH, pendirian mereka jelas agar PRU-15 diadakan sehingga berakhirnya penggal.

“Kita akan tanya pandangan mereka (PAS) sama ada hendak ikut atau tidak, memang bagi Selangor dan Pulau Pinang, kita boleh berhubung terus.

“Dalam hal ini juga, kita akan merujuk kepada pimpinan utama dalam Majlis Presiden PH, memang kita boleh buat keputusan sendiri tetapi jika ada arahan daripada majlis pimpinan tertinggi itu untuk disekalikan, kita akan akur,” katanya.

Mengenai jumlah atau pembahagian kerusi yang akan ditandingi, Aminuddin berkata, setakat ini ia masih menggunakan kedudukan lama iaitu bilangan kerusi yang menang kekal seperti sedia ada.

Katanya, bagi kerusi yang tewas dan kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), ia akan dibincangkan dalam kalangan rakan parti komponen berkenaan.

“Namun begitu kedudukan kerusi dan calon bagi PRU-15 bergantung kepada keputusan yang akan ditetapkan Majlis Presiden PH,” katanya.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...