Sample Page Title

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meminta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 mengemas kini maklumat wakil bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tempoh untuk mereka berbuat demikian bermula 20 hingga 30 Jun 2022. Kemas kini itu penting kerana tuntutan SKK hanya boleh dilakukan oleh wakil yang berdaftar sahaja.

Mengemas kini maklumat akan memudahkan urusan wakil penerima BKM untuk mendapatkan bantuan khairat kematian oleh kerajaan sekiranya berlaku kematian.

Jumlah SKK BKM 2022 yang akan diterima wakil adalah sebanyak RM1,000 bagi kematian yang berlaku dari 1 Januari
hingga 31 Disember 2022.

Pembayaran SKK adalah secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan tarikh dibenarkan membuat tuntutan telah pun bermula pada 15 April lalu.


Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil untuk mendapatkan bantuan khairat kematian itu cuma sijil kematian, kad pengenalan wakil dan dokumen pembuktian pertalian.

Wakil yang layak didaftarkan ibu, bapa, anak, anak termasuk anak kandung, anak tiri serta anak angkat serta adik-beradik atau cucu dan tiada had umur kelayakan ditetapkan.

Benar tiada siapa mengharapkan kematian, namun ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi. Bantuan oleh kerajaan ini sudah tentu sedikit sebanyak dapat membantu waris kita.

Maka usah bertangguh lagi. Kepada penerima BKM 2022 segerakan urusan yang amat mudah tersebut melalui portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...