Sample Page Title

KUANTAN : Kerajaan negeri bersetuju memberi insentif tunai RM1,000 kepada setiap pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Sumbangan itu melibatkan implikasi kewangan RM300,000 membabitkan 300 pelajar yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran SPM 2021 yang diumumkan 16 Julai lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan ini adalah penghargaan kerajaan negeri kepada segala usaha, penat lelah, kesukaran dan ketekunan para pelajar yang terpaksa belajar dalam suasana penuh cabaran termasuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) akibat pandemik Covid-19.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang ini.

“Terima kasih juga kepada tenaga pengajar dan ibu bapa yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu demi kejayaan pelajar-pelajar ini.

“Selamat maju jaya kepada pelajar cemerlang ini dan semoga berjaya dalam bidang yang diceburi pada masa depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen...

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S...

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh terhadap...

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40 seliter...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu LCS Di Dewan Negara

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan...