Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Hasil siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara termasuk membabitkan kewujudan kartel ayam, akan dibentangkan kepada anggota suruhanjaya Isnin ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, siasatan menyeluruh itu akan dibentangkan oleh pasukan khas yang ditubuhkan sejak awal Februari lalu.

“Seperti dijanjikan MyCC, siasatan berhubung kartel itu perlu selesai penghujung bulan ini.

“Difahamkan, pagi tadi pihak MyCC sudah menjelaskan seperti dijanjikan (siasatan) sebelum penghujung Jun ini selesai dan akan diberikan kepada pasukan khas yang ditubuhkan.

“Isnin ini akan bentang kepada board members (anggota suruhanjaya),” katanya ringkas ketika turun padang sempena pemeriksaan Ops Ayam, Telur dan Minyak Masak di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDNHEP, Datuk Roziah Abudin dan Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam.

Sebelum ini, Nanta berkata, pihak MyCC sudah memulakan penyiasatan terhadap semua penggiat industri ayam seluruh negara dari peringkat huluan hingga hiliran.

Katanya, MyCC menubuhkan pasukan khas pada awal Februari lalu untuk menyiasat dakwaan terdapatnya pelakuan antipersaingan merangkumi perjanjian antipersaingan atau dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatkan harga barangan dalam pasaran industri ayam.

Penemuan daripada penyiasatan ini akan dibentangkan kepada anggota Suruhanjaya yang bertindak sebagai sebuah badan separa kehakiman yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggaran terhadap Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.


Mengulas lanjut, Nanta berkata, sekiranya didapati tuduhan kartel itu mempunyai asas kuat, MyCC dijangka mengeluarkan keputusan cadangan di bawah Seksyen 36 akta sama dan pihak yang disiasat akan diberi ruang untuk mempertahankan diri mereka melalui sesi representasi bertulis dan lisan sebelum suruhanjaya membuat keputusan muktamad.

Beliau berkata, sekiranya didapati melanggar seksyen itu, mereka boleh dikenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada jualan produk atau perkhidmatan selama mana pelanggaran itu berlaku.

Sementara itu, Nanta berkata, pelaksanaan Ops Antisorok menunjukkan impak positif dalam kalangan pengguna dan peniaga.

“Bermula Januari hingga Jun lalu, sebanyak 13 aduan sorok barangan kawalan diterima KPDNHEP, manakala dari aspek peniaga pula tiada kes dilaporkan berkaitan kesalahan sama.

“Kita menggerakkan 2,200 anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk membanteras dan menggempur aktiviti menyorok barangan kawalan selepas kerajaan mengumumkan mengapungkan harga barangan seperti ayam, telur ayam dan minyak masak berkuat kuasa 1 Julai depan,” katanya.

Menurutnya, anggota penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan harian ke atas 2,711 premis peruncit terpilih (DDR), 1,039 pemborong terpilih (DDW) dan 223 pengilang terpilih (DDM) membabitkan barang kawalan dan keperluan asas termasuk gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, telur, ayam, bawang, susu tepung dan sayur-sayuran.

“Tindakan penggantungan dan pembatalan lesen juga boleh diambil kepada pemegang lesen sekiranya didapati terbabit aktiviti menyalahi undang-undang ini,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...