• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Siasatan MyCC Berkaitan Kartel Ayam Dibentang Isnin Ini

oleh Mohd Arshad
23/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Hasil siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara termasuk membabitkan kewujudan kartel ayam, akan dibentangkan kepada anggota suruhanjaya Isnin ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, siasatan menyeluruh itu akan dibentangkan oleh pasukan khas yang ditubuhkan sejak awal Februari lalu.

“Seperti dijanjikan MyCC, siasatan berhubung kartel itu perlu selesai penghujung bulan ini.

“Difahamkan, pagi tadi pihak MyCC sudah menjelaskan seperti dijanjikan (siasatan) sebelum penghujung Jun ini selesai dan akan diberikan kepada pasukan khas yang ditubuhkan.

“Isnin ini akan bentang kepada board members (anggota suruhanjaya),” katanya ringkas ketika turun padang sempena pemeriksaan Ops Ayam, Telur dan Minyak Masak di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDNHEP, Datuk Roziah Abudin dan Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam.

Sebelum ini, Nanta berkata, pihak MyCC sudah memulakan penyiasatan terhadap semua penggiat industri ayam seluruh negara dari peringkat huluan hingga hiliran.

Katanya, MyCC menubuhkan pasukan khas pada awal Februari lalu untuk menyiasat dakwaan terdapatnya pelakuan antipersaingan merangkumi perjanjian antipersaingan atau dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatkan harga barangan dalam pasaran industri ayam.

Penemuan daripada penyiasatan ini akan dibentangkan kepada anggota Suruhanjaya yang bertindak sebagai sebuah badan separa kehakiman yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggaran terhadap Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

Mengulas lanjut, Nanta berkata, sekiranya didapati tuduhan kartel itu mempunyai asas kuat, MyCC dijangka mengeluarkan keputusan cadangan di bawah Seksyen 36 akta sama dan pihak yang disiasat akan diberi ruang untuk mempertahankan diri mereka melalui sesi representasi bertulis dan lisan sebelum suruhanjaya membuat keputusan muktamad.

Beliau berkata, sekiranya didapati melanggar seksyen itu, mereka boleh dikenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada jualan produk atau perkhidmatan selama mana pelanggaran itu berlaku.

Sementara itu, Nanta berkata, pelaksanaan Ops Antisorok menunjukkan impak positif dalam kalangan pengguna dan peniaga.

“Bermula Januari hingga Jun lalu, sebanyak 13 aduan sorok barangan kawalan diterima KPDNHEP, manakala dari aspek peniaga pula tiada kes dilaporkan berkaitan kesalahan sama.

“Kita menggerakkan 2,200 anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk membanteras dan menggempur aktiviti menyorok barangan kawalan selepas kerajaan mengumumkan mengapungkan harga barangan seperti ayam, telur ayam dan minyak masak berkuat kuasa 1 Julai depan,” katanya.

Menurutnya, anggota penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan harian ke atas 2,711 premis peruncit terpilih (DDR), 1,039 pemborong terpilih (DDW) dan 223 pengilang terpilih (DDM) membabitkan barang kawalan dan keperluan asas termasuk gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, telur, ayam, bawang, susu tepung dan sayur-sayuran.

“Tindakan penggantungan dan pembatalan lesen juga boleh diambil kepada pemegang lesen sekiranya didapati terbabit aktiviti menyalahi undang-undang ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Hasil SiasatanKartel AyamMyCCSiasatan MyCC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nasib Abdul Azeez Batal Pertuduhan Di Mahkamah Rayuan 1 Julai

Next Post

2,425 Kes Baru Covid-19, Empat Lagi Korban

Related Posts

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

19/03/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc...

8 Syarikat Fail Rayuan Terhadap Keputusan MyCC

8 Syarikat Fail Rayuan Terhadap Keputusan MyCC

10/03/2025
0

Lapan syarikat akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung penalti kewangan RM92.8 juta atas dakwaan terbabit dalam...

Next Post

2,425 Kes Baru Covid-19, Empat Lagi Korban

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd