Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

DAP Bukan Pilihan Terbaik...

PERMATANG PAUH - Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat bukan pilihan terbaik untuk mentadbir...

Bantuan Kewangan Kepada Pemain...

PUTRAJAYA : Kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai bantuan kewangan kepada pemain industri pertanian...

PAS Tidak Terlibat Dengan...

KUALA LUMPUR - PAS mengulangi peringatan kepada para pemimpin dan ahli parti itu...

Petani Perlu Guna Teknologi,...

SERDANG - Datuk Seri Najib Razak menyarankan petani di negara ini menggunakan teknologi...

Harga Petrol RON97 RM4.83, Naik 11 Sen

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik lagi sebanyak 11 sen kepada paras RM4.83 berbanding RM4.72 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 22 Jun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Harga bahan api itu sebelum ini hanya naik hanya 2 sen pada minggu lalu.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel juga kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.


Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori