• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Tarik Diri Dari Permohonan Najib Lantik Peguam Diraja UK

oleh AK-47
16/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Farid Wan Salleh hari ini memaklumkan anggota keluarganya ada dalam parti yang sama dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Justeru, Ahmad Farid menarik diri daripada mendengar permohonan untuk membenarkan peguam diraja United Kingdom (Queen’s Counsel) untuk mewakili Najib dalam rayuan kes rasuah International berjumlah RM42 juta.

Dia memaklumkan perkara ini kepada peguam Najib, Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan ketika pengurusan kes hari ini.

“Saya ingin nyatakan bahawa seorang ahli keluarga terdekat saya adalah ahli politik yang aktif serta ketua bahagian parti politik yang sama dengan perayu (Najib),” katanya.

“Pendekatan saya dalam menentukan isu yang ditanggapi sentiasa semata-mata berdasarkan ruang lingkup undang-undang dan stare decisis (mematuhi duluan dalam membuat keputusan)…

“Namun, menimbangkan perkara yang saya nyatakan sebelum ini, pendengaran saya untuk notis pemula ini dan keputusannya, dari mana-mana segi, tidak akan dilihat sebagai hanya berdasarkan perspektif undang-undang tanpa kecenderungan luar,” katanya lagi.

Ahmad Farid berkata ia akan mengundang kritikan yang tidak diperlukan yang akan menjejaskan integriti kehakiman.

“Persepsi awam terhadap kebebasan kehakiman tidak boleh dibiar diragukan…Kebebasan kehakiman adalah perkara berharga kepada masyarakat. Jika ia hilang, anark akan menguasai. Maka kebebasan kehakiman perlu dipertahankan dengan apa jua.

“Atas sebab ini, walaupun tiada permintaan dibuat oleh mana-mana pihak terlibat, saya menarik diri daripada mendengar notis pemula ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ahmad Farid pernah menjadi senator dan timbalan menteri dalam negeri.

Namun, ia bukan sebabnya menarik diri dalam kes ini memandangkan dia telah meninggalkan Umno serta kedudukan lain yang boleh mengundang risiko konflik kepentingan sebelum menyertai badan kehakiman.

Ahmad Kamal Md Shahid merupakan hakim baru dalam kes ini.

-Malaysia Kini

Tags: HakimnajibPeguam Diraja UKtarik diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub ISU binaan haram semakin panas. Bukan sekadar debat di media sosial, tetapi sudah sampai tahap dua individu diserang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd