Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Atasi Isu Persempadanan Malaysia-Indonesia...

KOTA KINABALU - Isu persempadanan Malaysia-Indonesia harus diatasi menerusi penerapan nilai sosiobudaya bagi...

TLDM Tubuh TAC Tangani...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan pasukan 'Tim Atur Cepat'...

Chong Wei Gagal Pertahan...

BEIJING - Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan apabila tewas straight set...

Negara Miliki 1.8 Juta...

GEORGE TOWN - Kajian Jabatan Perikanan Malaysia mendapati kawasan perairan negara mempunyai 1.8 juta tan ikan laut dengan nilai semasa...

Geng Fahmy Tumpas

Kuala Berang : Komplot tiga sekeluarga yang aktif dalam jenayah pecah rumah sejak Januari lalu berakhir apabila ketiga-tiga mereka ditahan dalam dua tangkapan berasingan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Md Daud berkata, tangkapan pertama membabitkan pasangan suami isteri berusia 28 dan 38 tahun.

Beliau berkata, kedua-dua mereka yang memiliki premis cuci kenderaan dan butik pakaian ditahan ketika melakukan urusan jual beli emas di sebuah hotel di Pudu, Kuala Lumpur.

Katanya, tangkapan kedua pula membabitkan suspek utama berusia 28 tahun dikenali sebagai Fahmy, iaitu adik kepada wanita berusia 38 tahun, yang ditahan di rumahnya di Kampung Temala Hilir, Pengkalan Berangan, Marang.

“Semua suspek yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Geng Fahmy ditahan susulan laporan kes pecah rumah membabitkan kerugian lebih RM50,000 di Kampung Pauh, di sini, Khamis lalu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.


Mohd Adli berkata, susulan tangkapan itu, polis berjaya menemukan semula pelbagai barangan kemas milik mangsa bernilai RM47,500 dan merampas telefon bimbit dan peralatan yang digunakan ketika melakukan pecah rumah.

“Sejak Januari lalu, tujuh kes pecah rumah dilakukan kumpulan terbabit yang membabitkan kerugian sebanyak RM100,000.

“Suspek utama memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah dan pernah menjalani hukuman penjara sebelum dibebaskan Januari lalu,” katanya.

Katanya, semua suspek direman empat hari bermula tarikh tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Kesiksaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori