• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Menyamar Pegawai Kanan Kerajaan Tumpas, 7 Suspek Ditahan

oleh Mohd Arshad
23/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sindiket Menyamar Pegawai Kanan Kerajaan Tumpas, 7 Suspek Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyamaran sebagai pegawai kanan suruhanjaya itu dan juga pegawai kanan kepada Menteri Dalam Negeri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sindiket itu disyaki menggunakan modus operandi penyamaran untuk menipu mangsa kononnya boleh menyelesaikan kes yang disiasat oleh agensi penguat kuasa.

Menurut sumber, penipuan sindiket itu dipercayai telah mengakibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Justeru berdasarkan maklumat hasil risikan, katanya, serbuan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu sejak beberapa hari lalu oleh pasukan SPRM Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri.

“Hasil serbuan itu, tujuh individu warganegara Malaysia berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan.

“Permohonan reman bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan, akan dibuat terhadap mereka di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu, esok,” menurut sumber itu lagi.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau sekali gus meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan sindiket itu supaya tampil memberi kerjasama untuk siasatan SPRM.

Selain itu, katanya, orang ramai juga dinasihatkan tidak meminjamkan akaun bank mereka kepada orang lain, di samping jangan mudah percaya sekiranya ada individu mendakwa diri sebagai pegawai kanan awam.

BHonline-

Tags: menyamarPegawai Kanan KerajaanTumpas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd