Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Transformasi KL Sebagai Metropolis...

KUALA LUMPUR — Kementerian Wilayah Persekutuan akan terus bekerjasama dengan sektor swasta dan...

SPRM Bertindak Individu Disiasat...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi amaran untuk mengambil...

Adik Rayyan Perlu RM300K...

TAK siapa menyangka adik Rayyan Seif Rizqin Mohamad Shukor, 5, yang dahulunya seorang...

Mr. Solo Pecah Rekod...

KUALA LUMPUR - Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin berjaya memperbaharui pencapaiannya dalam...

Sindiket Seleweng Gas LPG Tumpas

IPOH : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menumpaskan satu sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Silibin di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, serbuan ke atas premis itu pada pukul 10.30 pagi hasil risikan dan pemantauan oleh pihaknya sejak dua minggu lalu.

“Serbuan terhadap premis itu dilakukan kerana disyaki menyimpan barang kawalan berjadual iaitu LPG tanpa permit dan dokumen yang sah.


“Dalam serbuan itu, kita merampas tujuh tong silinder LPG jenis C200 dengan anggaran berat 790 kilogram (kg) dan sebuah lori tangki LPG dengan anggaran berat 1,530 kg. Nilai keseluruhan rampasan adalah RM17,549.06,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori