Sample Page Title

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mahu mengembalikan acuan ‘Malaysia Asal’ atau ‘The Original Malaysia’ berpandukan formula BN, berserta penambahbaikan bagi memperbaiki segala kelemahan dan menjernihkan segala keterlanjuran lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata selepas lebih empat tahun Pilihan Raya Umum (PRU-14) berlalu, gabungan itu yakin hanya BN yang mampu mencipta kestabilan, bukan retorik ‘Malaysia Baharu’ yang ternyata gagal.

Malaysia Baharu adalah slogan yang diperkenalkan sejurus Pakatan Harapan (PH) menguasai majoriti kerusi Dewan Rakyat pada PRU-14 pada Mei 2018. Ia membawa maksud kerajaan baharu yang berjaya mengalahkan BN yang menguasai kerajaan Persekutuan sejak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

“Malaysia Asal berpandukan formula BN yang digagaskan nenek moyang kita, yang dipaterikan melalui Perlembagaan Persekutuan dan diperkasa lagi melalui Rukun Negara serta pelbagai dasar berteraskan prinsip toleransi dan kesetiaan yang tinggi dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

“BN beriltizam mengembalikan acuan Malaysia Asal, namun dengan penambahbaikan termasuk agenda pembaharuan institusi supaya prinsip tadbir urus yang baik, ketelusan dan pembasmian segala bentuk penyimpangan dan rasuah,” kata Ahmad Zahid.

Presiden UMNO itu yang menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen BN 2022 sempena Ulang Tahun BN Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini, berkata semua pimpinan dan ahli gabungan itu mempunyai tanggungjawab untuk mewajahkan semula BN bagi tujuan berkenaan.

Mereka juga, katanya, perlu melakukan anjakan paradigma dengan proses pengislahan dalaman dan tawaran yang dapat meneruskan keterujaan rakyat untuk kembali memberikan sokongan.

Beliau menggariskan lima strategi bagi menjayakan matlamat itu, iaitu BN mesti bersedia keluar daripada kerangka lama dari segi formula yang pelbagai, termasuk pengagihan kerusi dalam menghadapi PRU-15.

“Teruskan formula (calon) ‘boleh menang, diterima dan disukai’ yang terbukti berjaya pada dua pilihan raya negeri sebelum ini, kita perlu tampilkan lebih ramai muka baharu sebagai wajah hadapan BN. Kita sudah buktikan 87 peratus muka baharu pada PRN Melaka dan 79 peratus di Johor.


“BN juga mesti bersifat inklusif dan lebih terbuka. Demi memastikan negara stabil dan rakyat sejahtera, BN perlu terbuka untuk jalin kerjasama, mahu pun terima sesiapa saja selagi mereka terima prinsip kita,” katanya.

Ahmad Zahid menambah, BN juga perlu menawarkan agenda pembaharuan dan pembaikan bagi memperkasa tatakelola, tadbir urus dan ketelusan dalam pentadbiran, termasuk memastikan institusi benteng kedaulatan undang-undang tidak lagi dicemari agenda untuk membunuh seteru politik.

“BN juga perlu kembalikan ekonomi Malaysia ke landasan asal untuk jadi negara maju berpendapatan tinggi, dengan matlamat menjadikan negara destinasi utama pelaburan rantau Asia Tenggara, agihan ekonomi saksama, perhebat pelbagai bantuan kepada rakyat berasaskan orientasi keperluan dan bukan kaum.

“Pengurusan ekonomi mapan dan lebih telus serta berpandukan tadbir urus baik dan merancakkan kembali pertumbuhan. BN ada pengalaman, kepakaran bagi menyusun semula usaha pacu ekonomi dan bantu rakyat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi, harga barang keperluan yang meningkat amat mendadak,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid memaklumkan, pasukan kerja pusat BN diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hassan akan mula turun ke negeri pertengahan bulan ini bagi meninjau persiapan jentera parti menjelang PRU-15.

“Saya mahu Jawatankuasa Pilihan Raya BN di setiap peringkat diaktifkan segera. Tanamkan dalam pemikiran dan tindakan kita mulai sekarang, yang bertanding adalah BN, bukan MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Jika ada peluang untuk parti bergabung, mereka juga bawa wajah dan wadah BN.

“Gerakan kita adalah gerakan biru, lambang kita adalah satu, dacing yang menjadi lambang neraca kesetiaan dan kestabilan, lambang kemakmuran dan kesejahteraan,” katanya.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen...

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S...

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh terhadap...

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40 seliter...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu LCS Di Dewan Negara

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan...